Rabu, 29 Julai 2015

KEK BUAH KUKUS SUPER GEBU

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

 
 
 

 
 
 
 
 

Bahan-bahan :
1 cawan buah-buahan kering (mix fruit)
1 cawan air
1 cawan gula pasir
1 sudu makan pati oren sunquick
1 cawan butter/ marjerin (saya guna 4 sudu makan je)

3 1/2 cawan tepung gandum + 1 sudu makan baking powder
* boleh je guna tepung berserbuk penaik tak payah tambah baking powder ye)
1 sudu kecil soda bikarbonat

3 biji telur
1/2 cawan susu pekat

Caranya:

1. Masukkan air, gula dan mix fruit ke dalam periuk dan didihkan hingga kismis menggelembung. Dalam 5-10 minit je.Masukkan butter dan biarkan cair. Bila butter dah cair, tutup api dan masukkan pula 1 sudu makan pati sunquick. Biarkan campuran tersebut sejuk.
2. Apabila campuran mix fruit dah sejuk, dalam bekas lain, putar telur hingga kembang dan masukkan pula susu pekat. Putar lagi hingga sebati.
3. Masukkan pula tepung berselang-seli dengan campuran mix fruit hingga habis. Guna senduk kayu je.
4. Sementara itu, didihkan air di dalam pengukus, sapu loyang/ acuan kek dengan sedikit minyak. Tuang adunan kek tadi dan hentak2 sedikit supaya padat. Tutup dengan kertas aluminium foil.
5. Bila air dah mengelegak barulah masukkan loyang kek berisi adunan kek tadi dan kukus 1jam atau hingga masak.
6. Bila dah masak, tutup api, turunkan pengukus barulah buka tudung pengukus. Ini untuk mengelakkan kek mendak. Telangkupkan loyang kek di atas redai kek. Bila dah sejuk barulah keluarkan kek dari acuan.
7. Potong dan bolehlah dihidang.Memang montok dan gebu gebas keknya.

SELAMAT MENCUBA!!!



Tiada ulasan: