Rabu, 26 Ogos 2015

GRILLED CHICKEN SOS BLACKPEPPER

Assalamualaikum dan salam sejahtera...





GRILLED CHICKEN
4 keping whole leg chicken (bahagian peha ayam)
1 sudu makan stok ayam / 1/2 kiub pati ayam
3 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap manis
3 ulas bawang putih - tumbuk lumat
1 inci halia- tumbuk lumat
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk lada putih
sedikit minyak zaitun ( takde boh minyak masak pun takpe)

Caranya :
Lumurkan semua bahan pada ayam dan perap 1 jam. Lebih lama lebih sedap. Grill atas non-stick pan hingga masak.



SOS BLACKPEPPER

1 biji bawang besar - cincang
1 sudu makan mentega
1 sudu makan tepung jagung ( bancuh dengan sedikit air)
1 liter air
3 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap manis
1 sudu makan sos cili/ sos tomato
1 sudu makan serbuk lada hitam
1/2 kiub ayam/ 1 sudu kecil stok ayam
garam dan gula secukup rasa

Caranya :
Cairkan mentega. Tumis bawang besar hingga layu. Masukkan air dan semua bahan. Masak hingga pekat mengikut kepekatan yang disukai.


KENTANG PUTAR (MASHED POTATO)

6 biji kentang- kupas dan rebus hingga empuk dan toskan
1 sudu makan mentega/ marjerin
1/2 cawan susu cair
garam dan lada sulah secukup rasa

Caranya : Lenyek kentang yang telah direbus tadi. Masukkan mentega, susu cair, garam dan lada sulah. Gaul sebati.


COSELAW
Kubis & lobak merah - cincang halus
gula dan mayonis

* Gaul semua bahan hingga sebati. Simpan di dalam peti sejuk.


SIAP!!! SELAMAT MENCUBA!!!

Tiada ulasan: