Isnin, 31 Ogos 2015

KUETIAU GORENG PALING MUDAH

Assalamualaikum :)



 
 
 
 


BAHAN-BAHAN :

500gm kuetiau - basuh dan tos
2 sudu makan cili kisar
2 sudu makan sos tiram
3 sudu makan kicap manis cap kipas udang
1 sudu makan serbuk pati ayam (tak nak bubuh pun tak apa)
10 ekor udang - buang kulit dan potong kecil
1 keping dada ayam - isi hiris nipis
10 biji fishball - hiris nipis
segenggam taugeh
daun kucai - potong 1 cm
garam secukup rasa

Bahan tumbuk
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang


CARANYA :
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan pula cili kisar dan masak sebentar hingga cili benar-benar masak.
2. Masukkan ayam, udang dan fishball. Masak sebentar.
3. Masukkan pula sos tiram dan kicap manis dan serbuk pati ayam.Tambahkan garam secukup rasa.Gaul sebati.
4. Kemudian, masukkan kuetiau, taugeh dan daun kucai. Gaul sebati dan masak seketika.
5. Angkat dan bolehlah hidang.


SELAMAT MENCUBA!!!

Tiada ulasan: