Ahad, 30 Ogos 2015

PULUT KUNING RENDANG AYAM TERSANGATLAH AWESOME

Assalamualaikum dan selamat malam...



Lebih kurang 2 jam lagi 'countdown' 31 Ogos 2015...Malaysia merdeka bagi tahun yang ke-58 tahun. "SEHATI SEJIWA" tema tahun ni...so sementara nak menunggu tepat 12 malam sempatlah kiranya menepek satu resepi untuk menambah koleksi resepi yang ada.

Resepi yang simple tapi memang awesome...kalau kat Johor pulut kuning sinonim untuk meraikan kesyukuran @ kegembiraan. Kalau kat utara makan pulut jadi kebiasaan cuma warna pulut tak dikuningkan. Makan dengan durian, mangga, sambal ikan bilis, pekasam mahupun pisang. Specialnya pulut kuning ni boleh dimakan dengan rendang mahupun serunding...hari ni nak tepek resepi pulut kuning dengan rendang ayam yang memang awesome.




PULUT KUNING
1 kilo beras pulut
2 cawan santan
1 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu teh gula
1 sudu teh garam
2 helai daun pandan - disimpul

Caranya :
1. Basuh beras pulut dan rendam dengan serbuk kunyit selama 5 jam.
2. Toskan dan masukkan ke dalam kukusan.
3. Kukus hingga naik wap. Lebih kurang 15 minit.
4. Di dalam bekas lain, campurkan santan dengan gula dan garam. Kacau sebati.
5. Keluarkan pulut dan masukkan ke dalam loyang.
6.Tuangkan campuran santan tadi dan kacau rata.
7. Masukkan semula pulut dalam kukusan bersama daun pandan dan kukus lagi hingga masak. (lebih kurang 30 minit)
8. Hidang bersama rendang/serunding.


RENDANG AYAM
1 ekor ayam - potong kecil
5 ulas bawang merah- hiris
5 sudu makan cili kisar
1 kotak kecil santan 200ml
2 sudu makan kerisik
1 keping asam keping
garam dan gula secukup rasa
2 helai daun kunyit- hiris halus
minyak masak untuk menumis


Bahan kisar
1 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci kunyit
1 inci halia
1 inci lengkuas
4 batang serai

CARANYA:
1. Panaskan minyak. Tumis bawang hiris, bahan kisar dan cili kisar hingga wangi.
2. Masukkan ayam dan gaul rata hingga ayam kecut.Biarkan sebentar hingga air ayam kering dan terbit minyak.
3. Masukkan pula santan. Setelah santan mendidih,masukkan kerisik, gula, garam dan asam keping.
4. Masak hingga pecah minyak dan kuah agak pekat.
5. Akhir sekali, tabur daun kunyit dan masak sebentar. Tutup api.
6. Hidang bersama pulut kuning. Memang awesome!!!

SELAMAT MENCUBA!!!


Tiada ulasan: