Khamis, 24 September 2015

KEK BATIK CHEESE SUPER SEDAP

Assalamualaikum dan Salam aidiladha...





Hidangan kek yang paling simple untuk para tetamu...sedap dan paling mudah nak buat...resepi sama untuk kek batik cuma tambahan topping cream cheese...








BAHAN-BAHAN:

1 ketul buttercup/ 250gm marjerin
900gm biskut Marie (plain)
1 cawan air panas
1 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko
1 cawan milo
1 cawan gula pasir
4 biji telur - pukul hingga kembang




TOPPING
250gm cream cheese
1/2 cawan susu pekat
*pukul sebati cream cheese dan susu pekat hingga kembang.Sapukan rata atas kek batik.

CARANYA:
1. Larutkan gula, susu pekat,serbuk koko,milo dengan air panas. Nak mudah gaul sebati dalam jug.
2.Panaskan butter dalam periuk besar. Bila butter dah cair, masukkan campuraan serbuk koko tadi. Masak hingga mendidih.
3. Bila campuran dah mendidih, masukkan pula telur yang telah dipukul tadi. Kacau sebati hingga campuran hampir pekat.Tutup api.
4. Masukkan biskut marie yang telah dipatah-patahkan dan gaul sebati.
5. Letakkan biskut marie tadi ke dalam loyang, ratakan dan tekan hingga padat.
6. Tuangkan topping cream cheese dan tabur coklat rice jika suka.Simpan di dalam peti sejuk selama 3 jam.Potong dan hidang.

SELAMAT MENCUBA!!!






9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum.. wahhh nmpak cdap.. nk try buat laa ptang nie.. tpi klaw x letak telur boleh tak?

Fieza berkata...

Waalaikumsalam.... Memang sedap... Xpernah try kalau xbubuh telur jd xsure... Fungsi telur utk memekatkan adunan...

Unknown berkata...

Cream cheese 250g agk2 byk mne yer klu ikut sukatan cawan

Unknown berkata...

Cream cheese 250g agk2 byk mne yer klu ikut sukatan cawan

Fiza berkata...

Cream cheese tu ada yg siap jual 250g

De Dolce Sueraya berkata...

camner nk bt cheese tu keras? saya bt dia jad lembik...

Fieza berkata...

ye betul...saya selalu beli jenama tatura...sedap dan murah...

Fieza berkata...

simpan dalam peti...mula2 memanglah lembik pastu lepas 3 jam ok je...

Unknown berkata...

Dah buat.. Alhamdulillah.. Menjadi walau xletak pun creamcheese atasnya sedap je.. Nk potong pun sng.. Terima kasih share resepi..