Isnin, 5 Oktober 2015

CUPCAKES VANILLA SUPER MUDAH

Assalamualaikum dan salam 1M...




Cuti berkurung dalam rumah...inilah masanya nak meng'update' resepi yang berbaris dalam 'draft' tunggu untuk di 'publish'...cupcakes vanilla minggu lepas dah buat cuma tak sempat nak masukkan dalam blog...buat dengan anak-anak murid dalam kelas sempena program "PASCA UPSR" yelah budak dah habis exam kan mana minat nak belajar lagi...buat aktiviti mem'baking' terlalu excitedlah pulak...habis mem'baking',main pulak tepung yang lebih tu...alahai budak-budak katakan...takpelah yang penting diorang dapat belajar sesuatu kan...

Resepi ni saya bagi dalam gram dan sukatan cawan...masa buat dengan anak-anak murid sukat guna cawan je senang nak ingat...


BAHAN-BAHAN :

150 gm/ 4 sudu makan/ 1/2 cawan mentega/marjerin
185 gm / 1 1/2 cawan tepung naik sendiri
150 gm / 1/2 cawan gula kastor
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla


kek siap dibakar sebelum dibubuh topping

CARANYA :
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji hingga kembang. Masukkan pula esen vanilla dan pukul sebati.
3. Masukkan tepung dan adun sebati.
4. Susunkan paper cup/ kertas kek cawan ke dalam acuan. Masukkan adunan 1/2 penuh. Saya bubuh 3/4 penuh tu yang kek melimpah ruah tu...
5. Bakar 10- 15 minit 180'c.
6. Sejukkan dan hias dengan topping ising buttercream dan taburan coklat urai.


TOPPING BUTTERCREAM
1/2 cawan marjerin/ mentega
1- 2 cawan gula ising - ayak 3 kali
1 sudu kecil esen vanilla
sedikit pewarna yang disukai (saya guna pink & hijau epal)

HIASAN
coklat urai warna warni

CARANYA:
1. Pukul mentega dan gula aising hingga kental dan putih. Tambah gula ising sedikit demi sedikit hingga ising betul-betul kental.
2. Bahagikan adunan ising kepada beberapa bahagian dan letakkan sedikit pewarna yang disukai.
3. Masukkan ke dalam piping beg dan picitkan ke atas cupcakes yang telah sejuk tadi.
4. Hias dengan coklat urai warna warni...

SIAP!!!

SELAMAT MENCUBA!!!


Tiada ulasan: