Sabtu, 1 Disember 2018

KEK KUKUS PANDAN CHEESE MELELEH

Assalamualaikum & salam sejahtera ...





Hari ni 1 hb Disember dah .. emmm 4 hari lagi hari yang bermakna dalam hidupku ... nak tengok tahun ni org tersyg ingat ke tidak tarikh ni ...  tunggu & lihat ....

Actually bukan nak cite pasal tarikh tapi nak share resepi kek .... kek ni memang marvellous.... sangat gebu gebas ....  dengan cheese yang meleleh2... aduhai ... sedap sangat .... terlupa pasal diet ... antara kek terlaris 'FIEZA DELIGHTS'.. .

Jom terjah resepinya...





Bahan-bahan & Cara-caranya:

5 biji telur gred A
1 cawan gula kastor
2 sudu makan ovalette
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu makan susu tepung
1/4 cawan susu cair
2 sudu kecil pandan emulco
2 sudu kecil pewarna hijau epal
# Mixer semua bahan di atas hingga gebu.

# Masukkan 2 cawan tepung beserbuk penaik sedikit demi sedikit hingga sebati .

# Masukkan 3 sudu makan minyak & gaul sebati dengan menggunakan spatula .

# Sapukan sedikit minyak pada loyang 9x9 inci & alas dengan baking paper. Sapukan minyak pada baking paper.

# Tuang adunan kek ke dalam loyang & kukus 45 minit.

Selepas topping


TOPPING
250gm cream cheese
1/2 cawan susu pekat
1/4 cawan susu cair
# Blender semua bahan .Tuang ke atas kek pandan yang telah sejuk .
# Parutkan keju cheddar atas kek tadi.
# Simpan kek dalam peti sejuk lebih kurang 3 jam .

SELAMAT MENCUBA !!!



Tiada ulasan: