Ahad, 18 Ogos 2019

LEMPENG + SAMBAL TUMIS

Assalamualaikum & selamat malam ....

Lempeng cicah sambal tumis ikan bilis

Sesekali merasa  menu tradisi ala-ala kampung....hujan-hujan macam ni pekena lempeng cicah sambal tumis...alahai nikmatnya....rindunyer kampung halaman...

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
4 1/2 cawan  air (agak-agaklah kepekatannya... Jangan pekat sangat.... Jangan cair sangat ....kalau pekat nanti jadi jemput-jemput pulak....
2 sudu kecil garam

# Campur semua bahan dan gaul sebati. Jangan berbentel-bentel.
# Guna kuali non-stick,panaskan sedikit minyak.
# Ceduk satu senduk adunan dan tuang di atas kuali. Gelek-gelekkan kuali menjadi bentuk bulat .
# Biarkan sedikit garing dan kemudian  terbalikkan.
# Biarkan masak sebentar dan angkat. Buat hingga habis. Pastikan guna api kecil sahaja.
# Sedia untuk dihidang.
# Boleh cicah dengan sambal tumis,gula ataupun susu pekat.


Untuk resepi sambal tumis boleh rujuk resepi sambal tumis ikan bilis nasi lemak...klik SINI  yer....


SELAMAT  MENCUBA !!!😋

Tiada ulasan: