Memaparkan catatan dengan label AGAR-AGAR SANTAN PANDAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AGAR-AGAR SANTAN PANDAN. Papar semua catatan

Ahad, 5 Julai 2015

AGAR-AGAR SANTAN PANDAN

Assalamualaikum dan selamat malam....













Kali ni nak post resepi desert agar-agar santan pandan yang sangatlah mudah disediakan.



BAHAN-BAHAN:
10gm serbuk agar-agar pandan
1 cawan gula pasir
4 cawan air
1 cawan santan (200 ml santan kotak kecil + 50ml air)
1 biji telur
secubit garam
2 helai daun pandan
pewarna hijau dan perisa
* Telur dipukul dengan santan dan sedikit garam.


 
 
 


CARANYA:
1. Masak air, daun pandan dan gula pasir.
2. Bila gula dah larut, masukkan serbuk agar-agar dan masak hingga larut.
3. Kecilkan api dan masukkan pewarna hijau dan perisa pandan.
4. Tuangkan campuran santan dan telur. Kacau terus hingga menggelegak dan mendidih.
5. Bila dah siap, tutup api dan tuang ke dalam acuan.
6.Sejukkan dan baru didinginkan di dalam peti sejuk.