Memaparkan catatan dengan label AGAR_AGAR SANTAN GULA MELAKA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AGAR_AGAR SANTAN GULA MELAKA. Papar semua catatan

Selasa, 10 Februari 2015

AGAR-AGAR SANTAN GULA MELAKA YANG VERY DELICIOUS

Assalamualaikum....

Masih diberi peluang bernafas lagi hari ini untuk menyelitkan satu lagi resepi yang sangat mudah sesuai sebagai pencuci mulut/dessert yang sedap dimakan pada bila-bila masa sahaja  atau kenduri kendara. Hanya memerlukan beberapa bahan yang sangat mudah didapati dan cara membuatnya pun tersangatlah senang...


 



Bahan-bahan :

10  gram serbuk agar-agar (1 paket)

5 cawan air

1 cawan gula merah

½ cawan gula pasir

1     cawan santan pekat ( saya buat 1 cawan santan kotak + 1 cawan air)

1 biji telur

 

Cara membuatnya :

1.   Masak gula merah dengan satu cawan air hingga cair. Kemudian tapis.

2.   Masakkan serbuk agar-agar dengan 4 cawan air sehingga mendidih.

3.   Masukkan campuran gula merah yang telah dimasak tadi dan gula pasir. Biarkan mendidih sekali lagi.

4.   Tuang santan di dalam bekas dan masukkan telur. Pukul sebati menggunakan whisk. Kemudian tapiskan.

5.   Masukkan santan ke dalam adunan agar-agar. Biarkan mendidih seketika.

6.   Tutup api dan tuangkan adunan ke dalam acuan yang digemari.

7.   Sejukkan dan simpan di dalam peti sejuk.

8.   Potong dan bolehlah dihidang. Memang sedap dimakan sejuk-sejuk...nyaman jer rasa tekak.

SELAMAT MENCUBA !!!