Memaparkan catatan dengan label APAM SUSU BELANG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label APAM SUSU BELANG. Papar semua catatan

Ahad, 23 Ogos 2015

APAM SUSU BELANG YANG SANGAT MUDAH

Assalamualaikum dan selamat malam...


 
 
 


Bahan-bahan :

4 biji telur
1 cawan gula kastor
1 sudu makan ovalette
1 sudu teh esen vanilla
4 sudu makan susu pekat
2 cawan tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder (ayak)
pewarna ( saya guna pink & ungu)

Caranya :
1.Pukul telur, gula, ovalette, esen vanilla hingga putih dan gebu.
2. Masukkan pula susu pekat dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati menggunakan senduk kayu/ spatula.
4. Panaskan pengukus. Oles sedikit minyak pada acuan.
5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian, 1 bahagian warna asal, 1 bahagian diwarnakan ungu dan 1 bahagian lagi warna pink.
6. Tuang adunan ke dalam acuan berselang-seli hingga habis.
7. Tutup acuan, dan bila air mengelegak, barulah masukkan kek dan kukus 45 minit dengan api sederhana.
8. Sejukkan dan boleh potong dan hidang.

SELAMAT MENCUBA!!!