Memaparkan catatan dengan label BINGKA JAGUNG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BINGKA JAGUNG. Papar semua catatan

Sabtu, 9 Mei 2015

BINGKA JAGUNG

Assalamualaikum dan salam Sabtu...


Bila cerita pasal bingka @ kuih bakar ni mesti teringat kat mak...antara kuih kegemaran mak dan memang mak rajin buat...Bingka pandan, bingka labu, bingka tepung beras dan bingka biji kelapa sawit pun mak pernah buat...kalau balik kampung setiap masa atas meja pasti ada makanan...ada saja makanan dan kuih muih yg. mak masak...

Tapi itu dulu sebelum mak sakit...sekarang mak hanya mampu terbaring...memasak apatah lagi....kesian mak...apakan daya mak hanya mampu makan bubur lembik dan nestum sahaja...Ya Allah sedih sangat...

Berikanlah kesembuhan pada ibuku ya Allah...walaupun dia tak mampu lagi berkata-kata tapi aku bersyukur dia masih lagi ada..."Mak kau adalah ratu hatiku"...LOVE U SO MUCH!!!

Sempena hari ibu yang bakal menjelma di sini diabadikan satu resepi bingka jagung yang sangat sedap...actually dah buat banyak kali dan memang menjadi...


cawan yang digunakan
Bahan-bahan :
Bahan-bahan yang digunakan



1 tin jagung berkrim
4 biji telur
1 cawan gula
1 3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung kastard
secubit garam
1 cawan santan pekat
2 cawan air
2 sudu makan marjerin cairkan & biarkan sejuk
pewarna kuning
bijan untuk hiasan

Cara membuatnya :
1. Blender semua bahan kecuali bijan & jagung tin.
2. Tuang adunan di dalam bekas dan campurkan jagung. Gaul sebati.
3. Panaskan oven 180'c. Bubuh 1 sudu makan minyak masak dalam loyang dan panaskan di dalam oven.
bingka sebelum dibakar

4. Bila nampak minyak dah panas tuang adunan ke dalam loyang tadi. Tabur bijan kat atas adunan.
5. Bakar guna api atas bawah lebih kurang 1 jam 15 minit @ hingga masak.
6. Kalau nak lagi garing tambah lagi masa 5 minit guna api atas je.
bingka yang siap dibakar

7. Sejukkan & baru potong...

* Tunggu bingka yang sudah masak benar-benar sejuk baru potong sebab bila tak cukup sejuk dah potong bingka masih lembik ye...Harap bersabar ye...