Memaparkan catatan dengan label BISKUT RAYA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BISKUT RAYA. Papar semua catatan

Jumaat, 3 Jun 2016

ALMOND LONDON COOKIES

Assalamualaikum dan selamat malam....




Biskut ni memang famous bila time raya.... Tetapi akhir2 ni kurang ke'famous'annya disebabkan telah wujud cookies-cookies yan8g namanya lebih canggih.... Famous amous,  red pearl, snow almond,  green peas, florentine, ombak rindu pun ada... Macam2 lagi lah... Walaubagaimanapun cookies ni masih digemari oleh kanak-kanak kerana ia disaluti dengan coklat... Almaklumlah kanak-kanak kan peminat coklat....

Jom kita terjah resepinya...

BAHAN-BAHAN :

250gm butter
1 cawan gula kastor
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1/2 cawan serbuk badam
1 cawan tepung jagung
2  1/2 cawan tepung gandum
2 sudu makan tepung beras
Badam biji yang telah dipanggang secukupnya
Paper cup secukupnya

Topping
Coklat masakan
1 sudu kecil shortening
* cairkan dengan kaedah double boiler
Badam cincang yang telah dipanggang secukupnya


CARANYA :

1.  Pukul butter & gula,  masukkan telur & esen vanilla. Gaul sebati.
2.  Masukkan bahan-bahan lain dan uli hingga menjadi doh.
3.  Ambil sedikit doh, bubuh sebiji badam di dalamnya. Kemudian, bulat atau bujurkan kecil- kecil menutupi badam tadi. Bakar pada suhu 180'c selama 20 minit.  Biarkan biskut sejuk.
4.  Bila biskut dah sejuk celupkan di dalam coklat yang telah dicairkan ataupun bubuh biskut di dalam paper cup dan curah coklat cair.
5.  Taburkan badam cincang.
6.  Biarkan coklat membeku pada suhu bilik dan simpan di dalam bekas kedap udara.
* Bila biskut dah sejuk baru double boilerkan coklat masakan tu, jangan cairkan awal-awal nanti keras pulak bila nak celup biskut nanti.

SELAMAT MENCUBA!!!



TART EPAL GULUNG

Assalamualaikum dan salam petang jumaat...




Asyik buat tart nenas gulung je bila raya kan.... Jadi tahun ni cuba tambah variasi tart gulung dengan inti epal pulak.... Pasti tak mengecewakan....

BAHAN-BAHAN:

Bahan doh:

2 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu makan tepung jagung
2 1/2 sudu makan tepung kastard
2 sudu makan susu tepung
1 cawan butter (226gm)
1 sudu makan minyak sapi
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar gula kastor
Sedikit pewarna hijau


Bahan inti epal :

6 biji epal hijau - buang kulit & parut (saya guna food processor blender je sampai lumat)
3 senduk nasi gula pasir - adjust sendiri ye
Sedikit pewarna hijau epal
Sedikit serbuk kulit kayu manis- jika suka (saya tak letak pun sebab tak suka)
* Masak bahan di atas hingga kering & sejukkan sebelum dijadikan inti tart.



Caranya:
1.  Adun sebati butter, minyak sapi, esen vanilla & gula. Guna senduk kayu je.
2.  Masukkan pula kuning telur dan gaul sebati.
3.  Masukkan tepung gandum, tepung kastard,  tepung jagung dan susu tepung sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh. Bubuh sedikit pewarna hijau dan uli hingga warna sekata.
4.  Ambil sedikit adunan dan masukkan ke dalam acuan tart. Tekankan adunan dengan panjang lebih kurang 3 inci.
5.  Masukkan inti epal dan gulung kemas.
6.  Alaskan loyang pembakar dan susun tart yang telah siap tadi.
7.  Gliskan dengan kuning telur.
8.  Bakar pada suhu 160'c,  17 hingga 20 minit hingga masak.
9.  Biarkan sejuk barulah simpan di dalam bekas kedap udara.



SELAMAT MENCUBA!!!