Memaparkan catatan dengan label CHEEZY WEDGES. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label CHEEZY WEDGES. Papar semua catatan

Isnin, 4 Mac 2019

CHEEZY WEDGES

Assalamualaikum & selamat  malam ...

Cheezy wedges ala2 KFC....Buat sendiri  puas  hati ...





Bahan-bahan:
Kentang
Tepung bestari
Serbuk lada  sulah
Serbuk lada  hitam

Tepung bestari...kalau suka  pedas guna  yang ni...kalau tak tahan  pedas,beli yang original.




Cara-caranya:


Kupas kentang, basuh & potong 4/6.Kemudian,kukus 5 minit .



Gaulkan dengan sedikit lada sulah & lada  hitam.




Gaulkan  dengan  tepung bestari .Tiada  sukatan tertentu. Ikut  logik akal .Agak-agak menyaluti  kentang.
Goreng hingga  garing .







SOS CHEEZY
7 keping keju  cheddar
2 cawan  susu  cair
 1 cawan  air
2 sudu  makan  butter
2 sudu  makan  tepung gandum
1 kiub  ayam
Sedikit serbuk  lada  hitam
Sedikit serbuk  lada  sulah

Cara-caranya :
1. Panaskan  periuk atas  api  kecil  & cairkan butter. Kalau takde butter guna  marjerin  pun boleh .. Kalau  takde marjerin guna  minyak masak  pun boleh ....
2. Bila  butter dah  cair, masukkan  tepung gandum  & gaul  sebati  supaya tak  berketul .
3. Masukkan susu  cair.Biarkan mendidih.
4.Masukkan kepingan keju  & kiub  pati  ayam.
5. Tambah air  dan  masukkan  sedikit  serbuk  lada  hitam  & lada  sulah .
6. Masak  hingga  agak  pekat .Jangan terlalu  pekat sebab  sos  akan  jadi  likat  bila  sejuk.
7. Biarkan sejuk  & hidang  bersama  wedges yang telah  digoreng tadi .


SELAMAT MENCUBA !!!😋