Memaparkan catatan dengan label DONUT GEBU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DONUT GEBU. Papar semua catatan

Khamis, 29 Januari 2015

DONUT YANG SUPER GEBU



Hari ni nak berkongsi resepi donut yang super gebu gebas...yang bestnya resepi ni bukan saja boleh buat donut tapi boleh juga buat pau goreng dan roti sosej...memang sangat lembut...resepi pau goreng dan roti sosej akan menyusul kemudian ye...yang bestnya tak payah perap lama-lama siap2 terus boleh goreng...

Donut gebu

Bahan-bahan :
500 gm tepung gandum
200 ml air suam
1 paket yis mauripan
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar susu tepung @ susu pekat
2 sudu besar marjerin
1 biji telur
1 sudu kecil garam
gula aising + susu tepung

Cara membuatnya :
1. Tuang air suam ke dalam bekas besar.
2. Masukkan yis, gula pasir, susu tepung dan marjerin. Gaul dengan senduk.
3. Biarkan campuran tersebut 5-15 minit hingga berbuih.
4. Masukkan sedikit tepung, telur dan garam. Gaul dengan senduk plastik.
5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli adunan hingga tidak melekat
    di tangan.
6. Bentukkan adunan seperti donut samada menggunakan acuan donat atau
    ambil doh sedikit buat bulat-bulat dan lubangkan di tengah-tengah.
7. Buat hingga adunan habis.
8. Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Goreng donut yang telah
   dibentuk dengan api yang kecil hingga masak.
9. Donut yang telah digoreng digaul dengan gula aising dan susu tepung.
10. Siap dan boleh dihidang...memang sedap dan gebu gebas gitu...

SELAMAT MENCUBA...