Memaparkan catatan dengan label DONUT GEBU RESEPI II. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DONUT GEBU RESEPI II. Papar semua catatan

Jumaat, 8 Februari 2019

DONUT GEBU LAGI

Assalamualaikum... dan salam sejahtera...



Ada orang kata, guna resepi yang sama, kaedah yang sama tapi hasilnya tak sama...kek bantatlah, roti tak berapa naiklah, donut serap minyak...saya  juga pernah mengalaminya...memang rasa tension...tapi itulah bila selidik-selidik memang betullah bila kita memasak atau membuat kuih ni mesti dengan penuh kasih sayang hasilnya memang memuaskan berbanding jika kita buat dalam keadaan masa tergesa-gesa alamat hasilnya memang tak best...Masalah satu lagi... masih resepi yang sama, dah sukat betul-betul, kaedah yang sama tapi tak jadi jugak...itu bukan salah tangan ye...jangan putus asa...usaha tangga kejayaan...cuba dan cuba lagi...InshaAllah akan menjadi juga...

Saya juga pernah gagal beberapa kali...Setiap kali jumpa resepi donut/roti/kek tak kiralah dalam blog masakan, majalah ataupun buku resepi, saya akan cuba...ada resepi yang saya rasa sukatan bahannya macam tak logik tapi saya cuba juga atas dasar ingin belajar...tapi memang hasilnya tak jadi...kekadang sesetengah orang ni bagi resepi tak berapa nak ikhlas...ada bahan/ kaedah rahsia yang tak diberitahu dalam resepinya...tetapi ada juga yang memberi resepi yang betul...Alhamdulillah, moga Allah memberi ganjaran kepada mereka yang tak kedekut ilmu ni...dan InshaAllah resepi-resepi yang saya kongsikan dalam blog saya ni resepi tak tipu ye sebab saya dah cuba beberapa kali dan menjadi...

Alahai...panjang pulak intronya...takpelah sekadar meluah perasaan...hihi...oklah berbalik kepada resepi donut gebu ye....
Sebelum ini saya pernah post resepi donut yang biasa saya buat yang sememangnya sangat mudah dan lembut je kejadiannya...hari ni saya nak berkongsi pula resepi donut gebu menggunakan tepung roti dan tanpa penggunaan telur....menjadi dan gebu juga donutnya...jadi sesiapa yang 'allergic' dengan telur bolehlah guna resepi ni untuk membuat donut ye...


BAHAN-BAHAN:
500gm tepung roti
210ml air suam
3 sudu makan susu tepung
3 sudu makan gula
1 paket yis mauripan
1 sudu teh garam
2 sudu makan marjerin

CARANYA:
1. Masukkan air suam, susu tepung dan gula ke dalam jug kecil/ mangkuk dan gaul sebati. Kemudian, masukkan yis mauripan dan biarkan sebentar.
2. Dalam mangkuk besar, campurkan tepung dan garam. Masukkan pula marjerin dan gaul sebati. Buat lubang di tengah-tengah tepung dan masukkan campuran yis yang telah kembang tadi. Uli hingga doh tak melekat di tengah-tengah. Kalau adunan keras, tambah sedikit air.
3. Ambil sedikit doh, gelek rata dan terap dengan acuan donut. Buat hingga habis.
4. Panaskan minyak yang banyak. Goreng donut dengan api yang kecil hingga masak.
5. Angkat dan salut donut dengan gula ising atau topping yang disukai. Saya  salut  dengan  campuran  hula ising + susu  tepung ...Memang  sedap !!!

SIAP!!! SENANG JE KAN...

SELAMAT MENCUBA!!!