Memaparkan catatan dengan label FETUCINNI GORENG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label FETUCINNI GORENG. Papar semua catatan

Rabu, 22 Jun 2016

FETUCINNI GORENG simple

Assalamualaikum dan salam Ramadhan...



Asyik post resepi biskut raya je kan... Apa kata post pulak resepi untuk juadah berbuka dan bersahur... Memang simple 15minit pun boleh siap tapi make sure fetucinni tu dah celur siap-siap...

Alkisahnya macamana terjadinya fetucinni goreng ni disebabkan kuah carbonara yang dimakan bersama dengan fetucinni dah habis licin disantap masa berbuka... Oleh kerana fetucinni yang telah dicelur masih banyak, maka utk bersahur diolah fetucinni ni menjadi fetucinni goreng... Simple & cepat disediakan...

 Untuk resepi ni saya tak bubuh sayur langsung sebab nak bagi anak-anak makan... Maklumlah diorang ni memang tak suka sayur... Jadi kalau suka sayur boleh tambah sawi / taugeh/kucai/daun bawang....

BAHAN-BAHAN:
Semangkuk besar fetucinni yang telah dicelur
5 batang fishcake - potong nipis
5 batang sosej - potong nipis
3 biji bawang merah/ros- tumbuk lumat
3 ulas bawang putih - tumbuk lumat
2 sudu makan cili kisar
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap manis
Bahan perasa
Sedikit minyak untuk menumis


Caranya :
1. Panaskan minyak.  Tumis bahan yang ditumbuk lumat dan cili kisar.  Tumis hingga terbit minyak.
2.  Masukkan sosej & fishcake. Masak sebentar.
3.  Masukkan pula semua sos dan kicap manis.  Kacau sebati.
4.  Masukkan fetucinni dan gaul sebati.
5.  Siap dan boleh dihidang.

SELAMAT MENCUBA!!!