Memaparkan catatan dengan label JEMPUT-JEMPUT PISANG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label JEMPUT-JEMPUT PISANG. Papar semua catatan

Isnin, 8 Julai 2019

JEMPUT-JEMPUT PISANG

Assalamualaikum & salam sejahtera ...

Jemput-jemput pisang

Jemput-jemput pisang ...Kat utara orang panggil cucuq pisang ...pisang dah  benyek jangan dibuang, campur gula,garam,tepung gandum  boleh jadi jemput -jemput.


Bahan-bahan :
5 biji pisang kebatu
2 sudu makan  gula
1 sudu kecil garam halus
1 sudu kecil soda bikarbonat
Tepung gandum secukupnya (saya guna 4 sudu makan)

# Gaul sebati semua bahan. Goreng dalam minyak banyak hingga garing .Angkat & toskan.
# Sedia untuk dihidang.


SELAMAT MENCUBA !!!

Khamis, 27 Ogos 2015

JEMPUT-JEMPUT PISANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


 
 
 
 
 
 

Orang Johor panggil jemput-jemput pisang tapi orang Kedah panggil cengkodok pisang...mana-manalah yang penting benda yang sama kan...anak-anak diorang dah faham sebab ayahnya orang Kedah ibunya pulak orang Johor...ibu sebut jemput-jemput ayah pulak sebut cengkodok...hihi variasi sungguh kan...



BAHAN-BAHAN:

1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
3 sudu makan gula pasir -
1 cawan pisang yang telah diblender
secubit garam


CARANYA:
Gaul semua bahan dan goreng di dalam minyak yang banyak hingga masak dan garing...dah siap...

* mesti ada yang tertanya-tanya camne boleh jadi kecik2 kan...ala senang je...guna sudu kecil masa cedok adunan masuk kuali...bila goreng ia mengelembunglah...
kalau guna sudu makan alamat besar gedabaklah jemput-jemput tu...so,ikut pilihan masing-masing ye...


Sangat sesuai untuk sarapan dan minum petang.


SELAMAT MENCUBA!!!