Memaparkan catatan dengan label KEK BATIK CHEESE. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KEK BATIK CHEESE. Papar semua catatan

Khamis, 24 September 2015

KEK BATIK CHEESE SUPER SEDAP

Assalamualaikum dan Salam aidiladha...





Hidangan kek yang paling simple untuk para tetamu...sedap dan paling mudah nak buat...resepi sama untuk kek batik cuma tambahan topping cream cheese...








BAHAN-BAHAN:

1 ketul buttercup/ 250gm marjerin
900gm biskut Marie (plain)
1 cawan air panas
1 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko
1 cawan milo
1 cawan gula pasir
4 biji telur - pukul hingga kembang




TOPPING
250gm cream cheese
1/2 cawan susu pekat
*pukul sebati cream cheese dan susu pekat hingga kembang.Sapukan rata atas kek batik.

CARANYA:
1. Larutkan gula, susu pekat,serbuk koko,milo dengan air panas. Nak mudah gaul sebati dalam jug.
2.Panaskan butter dalam periuk besar. Bila butter dah cair, masukkan campuraan serbuk koko tadi. Masak hingga mendidih.
3. Bila campuran dah mendidih, masukkan pula telur yang telah dipukul tadi. Kacau sebati hingga campuran hampir pekat.Tutup api.
4. Masukkan biskut marie yang telah dipatah-patahkan dan gaul sebati.
5. Letakkan biskut marie tadi ke dalam loyang, ratakan dan tekan hingga padat.
6. Tuangkan topping cream cheese dan tabur coklat rice jika suka.Simpan di dalam peti sejuk selama 3 jam.Potong dan hidang.

SELAMAT MENCUBA!!!