Memaparkan catatan dengan label KEK COKLAT KUKUS VERSI 1. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KEK COKLAT KUKUS VERSI 1. Papar semua catatan

Jumaat, 23 Januari 2015

KEK COKLAT KUKUS YANG MEMANG SEDAP

KEK COKLAT KUKUS


































Bahan-bahan

2 1/2 cawan gula kastor
2 1/2 cawan tepung gandum
4 biji telur
4 sudu makan butter/marjerin
1 cawan serbuk koko
1 cawan air
2 sudu kecil soda bikarbonat

Cara penyediaan :
1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan serbuk koko.
2. Putar 4 sudu makan marjerin dan gula hingga kembang.
3. Masukkan telur dan putar satu persatu.
4. Masukkan campuran tepung berselang-seli dengan air dan gaul sebati menggunakan senduk kayu/ spatula.
5. Sapukan sedikit marjerin pada loyang dan tuang adunan yang telah sebati ke dalamnya.
6. Kukus selama 45 minit hingga masak.