Memaparkan catatan dengan label KEK COKLAT LAPIS CHEESE KUKUS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KEK COKLAT LAPIS CHEESE KUKUS. Papar semua catatan

Sabtu, 20 Jun 2015

KEK COKLAT LAPIS CHEESE KUKUS


Assalamualaikum dan salam Ahad...

Hari ni nak berkongsi resepi kek coklat lapis cheese yang sangat moist...Resepi kek coklat yang biasa dibuat cuma tambahan lapisan cheese jer...
Masa mengukus pun taklah lama cuma lebih kurang sejam lebih je...Memang puas hati sedap sangat...
Kepada penggemar kek coklat & cheese bolehlah cuba yer...Baloi memang berbaloi...puas makan...


 
Bahan-bahan :

KEK COKLAT

1 cawan gula pasir
1 cawan air
1 cawan minyak masak
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat
* semua bahan dimasak di atas api hingga mendidih. Biarkan sejuk

3 biji telur- dipukul hingga kembang

1 1/2 cawan tepung kek



Cara membuatnya :

1. Dengan mengunakan whisk masukkan adunan telur sedikit demi sedikit ke dalam adunan coklat dan gaul sebati.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati.
3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak.
4. Panaskan kukusan. Sapukan sedikit minyak pada acuan. Tuang 1 bahagian kek coklat ke dalam acuan dan kukus selama 20 minit.
5. Sementara menunggu adunan masak bolehlah buat adunan lapisan cheese.


LAPISAN CHEESE

250gm krim keju
1 sudu makan air
5 sudu makan gula kastor
1 biji telur

Cara membuatnya :
1. Putar krim keju dan gula hingga gebu. Masukkan air dan telur. Putar lagi hingga betul-betul kembang.
2. Tuang adunan cheese ke atas lapisan kek coklat yang telah dikukus tadi. Kukus kek 20 minit lagi.
3. Selepas 20 minit,  tuang pula lapisan kek coklat yang kedua. Kukus lagi kek lagi 20 minit. Angkat kek, sejukkan dan bolehlah dipotong. Sedia untuk dihidang. Sesuai untuk minum petang dan pelbagai jamuan. Memang sedap!!!

* simpan kek di dalam peti sejuk untuk lebih sedap dan tahan lebih lama...