Memaparkan catatan dengan label KEK MARBLE CHEESE COKLAT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KEK MARBLE CHEESE COKLAT. Papar semua catatan

Isnin, 14 September 2015

KEK MARBLE CHEESE COKLAT TERLAJAK LARIS

Assalamualaikum....dan salam Isnin...




Nama kek aduhai terlajak larislah pulak....alahai mana taknya...letak-letak je pasti kena serbu...licin sekelip mata...

Gabungan cheese dengan coklat memang mantap...sekali ngap pasti nak lagi...



 
 
 
 
 
 
 
 
 


BAHAN-BAHAN KEK :

250 gm buttercup/ 4 sudu makan
1 cawan serbuk koko
2 biji telur
1 1/2 cawan gula kastor
1 1/2  cawan susu cair
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanilla

CARANYA:
1. Cairkan butter dan masukkan serbuk koko. Kacau rata dan biarkan sejuk.
2. Whisk gula dan telur hingga sebati.
3. Masukkan adunan telur ke dalam adunan butter cair tadi. Whisk sebati.
4. Masukkan susu cair. Masukkan esen vanilla dan juga tepung kemudian gaul sebati.
5. Panaskan oven 175'c lebih kurang 15 minit. Sapu loyang dengan sedikit butter dan alas dengan kertas minyak. Ambil lebih kurang 1 senduk kecil adunan dan ketepikan (untuk buat marble) dan tuang kesemua lebihan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 20 minit.
6. Bila dah masak tekan sedikit kek biar rata dan biarkan sebentar.

*cairkan butter bermaksud masak butter dengan api kecil hingga mencair.


 
 
 
 
 
 


BAHAN LAPIS CHEESE
250 gm cream cheese
1 biji telur
4 sudu makan gula kastor

CARANYA :
1. Pukul semua bahan hingga gebu.
2. Tuang ke atas kek yang telah masak tadi.
3. Pipingkan sedikit adunan kek  ke atas adunan cheese dan buat corak marble.
4. Bakar kek 20 minit lagi.
5. Biarkan sejuk dan simpan di dalam peti sejuk.
6. Potong kek menggunakan pisau plastic atau pisau yang telah direndam dengan air panas untuk mendapatkan potongan yang kemas dan licin.

SELAMAT MENCUBA!!!