Memaparkan catatan dengan label KEK OREN SUNKIST. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KEK OREN SUNKIST. Papar semua catatan

Jumaat, 8 Februari 2019

KEK OREN SUNKIST

Assalamualaikum & selamat  malam ...



Resepi  kek  seterusnya  yang saya  nak  share hari  ini  ialah  kek  oren  sunkist  gebu  gebas ...

Bahan-bahan :
1 biji  oren  sunkist  - perah  & ambil  jusnya
1 cawan  marjerin
1 cawan  gula  kastor
6 biji  telur ( kalau  telur  gred  A guna  5 biji  je)
1 sudu  kecil  esen  vanilla
1/4 cawan  susu  cair

# 2 cawan  tepung  gandum
# 2 sudu  kecil  baking  powder
# ayak  kedua-dua  bahan

Sedikit  pewarna  oren


Cara-caranya  :
1. Mixer  marjerin  & gula  hingga gebu .
2. Masukkan  telur  & mix  sebiji-sebiji.
3. Masukkan  esen  vanilla  & mix  lagi .
4. Masukkan  pula  perahan  buah  oren  & susu  cair . Mix lagi.
5. Masukkan  tepung  sedikit  demi  sedikit  & gaul  menggunakan  spatula.
6. Bubuh  sedikit  pewarna  oren  & gaul  rata  adunan.
7. Tuang  adunan  ke  dalam  loyang  8 inci  yang telah  disapu  minyak  & dialas  dengan  baking paper.
8. Bakar  dengan  suhu  150'c selama  50 minit.

# Panaskan  oven 10 minit  terlebih dahulu  sebelum  membakar  kek.


SELAMAT MENCUBA !!!