Memaparkan catatan dengan label KEK RED VELVET KUKUS TOPPING CHEESE. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KEK RED VELVET KUKUS TOPPING CHEESE. Papar semua catatan

Khamis, 6 Ogos 2015

KEK RED VELVET KUKUS TOPPING CHEESE MELELEH

Assalamualaikum...



 
 
 
 
 
 
 
 
 

KEK RED VELVET

BAHAN A
4 sudu makan mentega
1 3/4 cawan gula kastor
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla

BAHAN B
300 ml susu cair
2 sudu makan pewarna merah
1 sudu makan cuka
* campurkan susu cair dan cuka. Biarkan 10 minit. Masukkan pewarna merah dan kacau sebati.

BAHAN C
3 1/2 cawan tepung berserbuk penaik
2 sudu makan serbuk koko
* gaul sebati

BAHAN D
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil cuka
*campur dan biarkan berbuih



kek red velvet gebu gebas
 
 
kek red velvet sebelum  dicurah topping
 


CARANYA:
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan pula telur satu persatu dan pukul lagi hingga putih. Masukkan pula esen vanilla. Pukul lagi hingga sebati.

2. Dengan menggunakan senduk kayu, masukkan pula BAHAN B berselang seli dengan BAHAN C hingga habis. Gaul sebati.
3. Masukkan pula BAHAN D dan gaul sebati. Masukkan adunan ke dalam acuan yang telah disapu rata dengan sedikit minyak. Tutup dengan kertas aluminium foil.
4. Panaskan kukusan dan biarkan air mengelegak barulah masukkan kek. Kukus 45 minit hingga 1 jam.
5. Bila dah masak terus terbalikkan kek ke atas redai supaya kek tak mendak. Biarkan sejuk sebelum curahkan topping cheese di atasnya.

* Tips : Bila kek dah masak, tutup api, turunkan pengukus dari atas dapur barulah buka penutup pengukus. Ini untuk mengelakkan kek daripada mendak. Yelah kekadang kita tak sabar nak tengok kek jadi ke tidak, lepas cukup masa mengukus terus buka tudung pengukus sebelum tutup api so, kek terkejut dan terus mendak. Kek ni pandai terkejut jugak dari suhu panas, tetiba masuk pulak suhu luar tu yang merajuk ...sabar ye... Ini dari pengalaman dan eksperimen yang telah dibuat oleh diri sendiri ye... Tak caya trylah...

kek velvet dengan topping cheese



TOPPING CREAM CHEESE MELELEH

BAHAN
250gm cream cheese
1/2 cawan susu pekat @ 1/2 cawan gula kastor
sedikit susu cair
cheddar cheese- diparut

CARANYA:
1.Putar cream cheese hingga kembang. Masukkan pula susu pekat. Putar lagi hingga sebati. Masukkan susu cair ikut kecairan yang disukai. Saya bubuh 2 sudu makan susu cair adunan pun dah meleleh. Kalau nak topping sedikit likat tak payah bubuh susu cair ye.
2. Tuangkan ke atas kek yang telah sejuk dan taburkan dengan cheddar cheese parut. Simpan kek di dalam peti sejuk dan biarkan 4-5 jam atau semalaman.
3. Potong kek dan bolehlah dingap.Kek ni sedap di makan sejuk....Untuk penggemar kek keju, kek ni memanglah best ye...tak rugi mencuba...kalau beli yang dah siap mahal so, better buat sendiri...

SELAMAT MENCUBA!!!