Memaparkan catatan dengan label KEREPEK JEJARI KETAM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KEREPEK JEJARI KETAM. Papar semua catatan

Selasa, 6 Oktober 2015

KEREPEK JEJARI KETAM SEMUDAH A,B,C

Assalamualaikum dan salam pagi Selasa...





Tu dia...kerepek jejari ketam semudah A,B,C...memang sangat mudah membuatnya...rangup tu...krup,krap,krup, krap bila dikunyah...tak sedar habis dah sebalang...cubalah anak-anak pun boleh tolong...buat aktiviti masak-masak dengan anak-anak...diaorang mesti happy...penat membuat berbaloi bila dapat makan...



BAHAN-BAHAN:
32 batang jejari ketam
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh serbuk lada sulah
sedikit bahan perisa( saya guna knorr pasti sedap)
minyak untuk menggoreng

CARANYA : Biar gambar berbicara....tengok step by step ye...



 
Step 1 : Bahan-bahan yang diperlukan
 
Step 2 : Ambil jejari ketam dan potong 2
 
Step 3 : Potong kepada 4 bahagian
 
Step 4 : Jejari ketam yang telah siap dipotong 4
 
Step 5 : Siat-siatkan jejari ketam
 





Step 6 : Siat/leraikan helai demi helai setiap bahagian
 
Step 7 : Jejari ketam yang telah siap disiat
 
Step 8 : Bubuh bahan perisa, garam, serbuk lada hitam dan serbuk lada hitam
 
Step 9: Goreng dengan minyak yang banyak hingga garing
 
Step 10 : Kerepek jejari ketam yang telah siap digoreng
 
 
 
* Bahan ni untuk hasil sebalang kecil kerepek jejari ketam....kalau nak dapat banyak doublekan bahannya ye...sebab tu perlukan bantuan 'assistant' yang tak bertauliah...hihi
 
 
 
SELAMAT MENCUBA!!!