Memaparkan catatan dengan label KEROPOK LEKOR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KEROPOK LEKOR. Papar semua catatan

Isnin, 14 Mac 2016

KEROPOK LEKOR HOMEMADE

Assalamualaikum dan salam Isnin...





Kopok lekor @ kopok basah kalau orang Johor kata...senang je rupanya nak buat kopok basah . Jom kita buat sama- sama.






Bahan-bahan :
1 kilo ikan kembung/ selayang/ sardin ( dlm 15 ekor)- siang & ambil isinya sahaja
3 ulas bawang putih
1 1/2 tepung ubi
2 sudu kecil (sudu kfc) garam halus
2 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
1 sudu kecil knorr pasti sedap



Cara-caranya:

1.  Masukkan isi ikan & 3 ulas bawang putih ke dalam food processor. 


                                                     2.  Blender isi ikan hingga lumat. 


3.  Masukkan pula garam,  knorr & soda bikarbonat. 



4.  Blender hingga betul2 lumat & sebati. 


5.  Masukkan isi ikan yang telah diblender ke dalam bekas. 


6.  Masukkan tepung ubi. 


7.  Gaul  & uli sebati. 


8.  Bentukkan seperti gambar diatas.  Saya dapat 20 btg kopok lekor. 



9.  Kukus @ rebus. Saya rebus bila dah timbul maknanya dah masaklah.  Angkat dan sejukkan. 



10.  Potong kecil- kecil sebelum digoreng.  Boleh juga disimpan di dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti sejuk.  Bila nak goreng baru keluarkan. 


11.  Inilah rupanya kopok yang telah digoreng.  Sedap gila... Hihi... Cicah dengan sos manisnya walla... Marvellous!!! 


Jom buat sos cicahnya pulak.... Senang banget.... 




SOS PENCICAH

Bahan - bahan :
1 cawan cili giling 
1 cawan gula pasir
1 sudu makan gula merah
1   1/2 cawan air
1 sudu kecil cuka
1 sudu makan tepung jagung dibancuh dengan sedikit air. 


Caranya :
Masak cili giling sebentar di atas api kecil lebih kurang  10minit.  Ini untuk mengelakkan cili rasa maung. 
Kemudian, masukkan air,  gula pasir,  gula merah dan cuka.  Masak hingga mengelegak. 
Masukkan pula bancuhan tepung jagung dan masak sos hingga agak pekat. 
Biarkan sejuk dan hidang bersama kopok basah homemade tadi.... Sedapnya... 


SELAMAT MENCUBA!!!! 😊