Memaparkan catatan dengan label KUIH SERI MUKA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KUIH SERI MUKA. Papar semua catatan

Isnin, 6 Julai 2015

KUIH SERI MUKA YANG SANGAT SEDAP

Assalamualaikum dan salam sejahtera...







Hari ni nak berkongsi resepi Kuih Seri Muka yang menjadi santapan berbuka hari ini...Alhamdulillah, walaupun dah lama tak membuat kuih ni , masih menjadi dan semestinya sedap...



LAPIS BAWAH (Pulut)

Bahan-bahan :
2 cawan pulut - basuh dan rendam beberapa jam
2 1/2 cawan santan cair
secubit garam

Caranya:
1. Masukkan semua bahan di dalam loyang dan kukuskan sehingga masak(kukus 30 minit) kalau masih tak masak boleh tambah masa mengukus.
2. Gaulkan pulut yang telah masak.
3. Dengan loyang yang sama atau guna bekas lain, tekankan pulut yang masak supaya mampat.
4. Kukuskan semula dan tuang adunan bahagian atas.


LAPIS ATAS
2 cawan santan pekat
1 cawan jus pandan - blender 5 helai daun pandan dengan secawan air
sedikit pewarna hijau
3/4 cawan gula
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung kastard
1 biji telur
1 sudu kecil garam

Caranya :
1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau rata. Tapiskan.
2. Tuangkan perlahan-lahan ke atas pulut di dalam loyang.
3. Kukus lebih kurang 30 minit.
4. Biarkan sejuk. Barulah potong menggunakan pisau plastik dan hidang.