Memaparkan catatan dengan label KUIH TAKO. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KUIH TAKO. Papar semua catatan

Isnin, 13 Julai 2015

KUIH TAKO YANG CONFIRM SEDAP

Assalamualaikum dan selamat malam...

kuih tako



 


Buka puasa hari ni dengan kuih yang memang jadi kegemaran kami sekeluarga...teringin nak makan kuih ni sejak 1 Ramadhan lagi tapi tak berkesempatan membuatnya.... Tapi hari ni alhamdulillah tanggal 27Ramadahan semangat kerajinan datang dan memberi kekuatan untuk membuat kuih tako hari ni...

Memang tak sia-sia membuatnya...memang sedap sangat..lagi-lagi bila dimakan lepas dikeluarkan dari peti sejuk...alahai nyaman je tekak bila menelannya...

Ada orang kata kuih ni kuih tepung pelita...yeke?..tapi ada orang lain pulak kata tepung pelita ramuannya lain...entahlah ye...tapi saya ada resepi tepung pelita memang berbeza dengan kuih tako...lain kali saya post resepi tepung pelita pula ye...

Jom intai resepi kuih tako...

BAHAN-BAHAN:

Kotak daun pandan secukupnya

kotak daun pandan
tepung hoen kwe


Lapis bawah (hijau)

1/2 cawan tepung hoen kew(50 gm)-warna hijau
1 cawan gula
3 cawan air

-Masukkan semua bahan di dalam periuk. Gaul rata menggunakan whisk. Panaskan di atas api hingga hampir pekat dan meletup-letup. Kacau rata menggunakan whisk hingga adunan hamper pekat. Tutup api dan tuang ke dalam kotak daun pandan.




Lapis atas (putih)

1/2 cawan tepung hoen kwe(50gm)- warna putih
secubit garam
1 cawan santan
4 cawan air



-Masukkan semua bahan di dalam periuk. Panaskan di atas api dan kacau dengan menggunakan whisk hingga adunan hampir pekat dan meletup-letup. Tutup api dan tuang di atas adunan hijau tadi. Biarkan sejuk dan simpan di dalam peti sejuk. Bila nak makan baru keluarkan....alahai sedapnya...