Memaparkan catatan dengan label MINI KARIPAP SERUNDING IKAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MINI KARIPAP SERUNDING IKAN. Papar semua catatan

Ahad, 19 Mei 2019

MINI KARIPAP SERUNDING IKAN

Assalamualaikum & salam Ramadhan...

Mini karipap  serunding

Hari  ni  hari  ke-14 umat  Islam  berpuasa... Bermaksud  masing2 dah  mula  sibuk  membuat  persiapan  raya  kan ...antaranya  membuat  kuih  raya....

Hari  ni  nak  share  resepi  mini  karipap serunding ....salah  satu  kudapan  di  hari raya... Krup  krap ...Krup  krap ...kalau  buat  sendiri  boleh  dapat  dalam  200 biji ... Puas  hati  kan....


Kulit  karipap  rangup

Bahan-bahan untuk kulit  karipap

2 cawan  tepung  gandum
1/4 cawan  marjerin yang  dicairkan
110ml air  sejuk
Secubit  garam

Cara-caranya :
# Masukkan  bahan  kering  di  dalam  mangkuk . Masukkan  marjerin  cair. Gaul  sebati .
# Kemudian,masukkan air  sedikit  demi  sedikit  & uli  hingga  doh  jadi  licin.
# Rehatkan  doh  selama  15 minit. Tutup  dengan  kain  lembap untuk  elak  doh  menjadi  kering .
# Canai  senipis  mungkin. Letak  dalam  acuan .Kemudian, sapukan  putih telur  di  sekeliling  acuan  supaya tepung  melekat  dan  tidak  terbuka  semasa  menggoreng.
#Masukkan  inti .
# Goreng  dengan  api  perlahan untuk  mendapatkan  karipap  yang  rangup .
# Tos  & sejukkan .
# Simpan  di  dalam  bekas kedap  udara .


Inti  serunding ikan
1 kg ikan  selayang  - rebus, ambil  isi  & blend  dengan  sedikit  air .

Bahan  kisar
10 tangkai  cili  kering
6 ulas bawang  merah
4 ulas  bawang  putih
2 batang  serai
1 inci  halia

Garam  & gula  secukupnya

Cara-caranya :
# Panaskan  sedikit  minyak .Tumis  bahan  kisar  hingga naik  bau.
# Masukkan  isi  ikan  & gaul  sebati .Tambah  garam  & gula  secukupnya.
# Masak  hingga kering .
# Biarkan  sejuk  & bolehlah  dijadikan  inti  mini  karipap .


SELAMAT  MENCUBA!!!😋