Memaparkan catatan dengan label NASI AYAM STEP BY STEP. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label NASI AYAM STEP BY STEP. Papar semua catatan

Jumaat, 1 Februari 2019

NASI AYAM SUPER MARVELLOUS

Assalamualaikum dan  selamat  tengahari. .





Nasi  ayam  antara  menu favourite family  saya  & mudah  disediakan disebabkan bahan-bahannya yang simple sangat... Tak  terlalu  renyah . .apa yang penting ....masak dengan  penuh  rasa  kasih  sayang. . Pasti hasilnya .. marvellous!!!!




Nasi  ayam  yang lengkap mesti  ada :
1. Nasi
2. Ayam
3. Sup
4. Sambal cili
5.Sos hitam
6. Salad
7. Hirisan  timun
8.Hirisan tomato

So, hari ni  saya  nak  share resepi  nasi  ayam  step by step versi  'fieza  delights'.. .Banyak  versi  nasi  ayam  ni ...Tapi  resepi  ni  gerenti  sedap ...inshaAllah ...


Step 1: Penyediaan nasi

Bahan  utama :


1 ekor  ayam - potong  kecil  & rebus lebih  kurang  15 minit .

Bahan-bahannya:
3 mangkuk  kecil  beras
3 1/2 cawan  air rebusan




2 kiub  ayam
3 biji  bawang ros -hiris
3 ulas  bawang putih -hiris
1 inci  halia - ketuk
3 helai  daun  pandan  - simpul
3 sudu  minyak  masak
2 sudu  makan  butter

Cara-caranya :

1. Basuh  3 mangkuk  kecil  beras .Toskan  dan  masukkan ke dalam  rice cooker .

2. Panaskan  3 sudu  makan  minyak  masak  di  dalam  kuali .


 3. Cairkan  pula  2 sudu  makan  butter .

4. Setelah  butter cair,masukkan bawang yang telah  dihiris,halia & daun  pandan.


5. Tumis  bahan-bahan tersebut  hingga  agak  garing .Tutup api. 


6. Masukkan 3 1/2 mangkuk  kecil  air rebusan  ayam  ke dalam  periuk  yang berisi  beras .Bubuh 2 kiub  ayam ,bahan  tumisan  & sedikit  pewarna  kuning .Gaul  rata  & masak  nasi  seperti  biasa .


7.Hasil nasi  setelah  masak. Gaul rata .



Step 2 : Penyediaan ayam


1. Ayam  yang telah  direbus .Toskan dan  letak  di  dalam  bekas. 

2. Gaul ayam  dengan  4 sudu  makan  kicap  manis,3 sudu  makan  sos  tiram  & 2 sudu  makan  madu .Gaul rata  dan  perap  selama  30 minit  - 1 jam. 

3. Goreng  ayam  dengan  minyak  yang banyak  hingga  garing .


Step 3 : Penyediaan sup

1. Didihkan air rebusan ayam  tadi.Tambah 1 kiub  ayam ,2 ulas  bawang putih  yang diketuk  & sup  bunjut .Didihkan 10 - 15 minit .


2. Hasil  sup  ayam  yang siap  dimasak. 



Step 4 : Penyediaan sambal cili

1. Basuh  2 cili  merah,10 cili padi  & sebiji  tomato. Kalau  tak  nak  pedas  boleh kurangkan  cili  padi .

2. Masukkan cili & tomato ke dalam  blender .Tambah  3 senduk  air rebusan  ayam. Blender lumat .

3. Didihkan bahan  yang telah  diblender tadi. Tambah  2 sudu  kecil  garam  halus, 4 sudu  makan  gula, 1 sudu  makan  cuka  & 1 sudu  makan  sos  cili.  Masak  hingga  sos  agak  pekat .



4. Sos  yang terhasil... Pedas2 manis.. .



Step  5: Penyediaan sos  hitam 

Didihkan air perapan  ayam  tadi .Tambah  satu  senduk  air rebusan  ayam  & 2 ulas  bawang putih  yang telah  diketuk .Didihkan hingga  kuah  agak  pekat .



Step 6 : Penyediaan aksesori tambahan
Daun  salad - cuci  bersih
Hirisan  timun 
Hirisan  tomato



Fuh!!!  6 steps penyediaan nasi  ayam .. Hasilnya  memang  berbaloi . .Sedap  hingga  menjilat  jari ....kalah nasi  ayam  kedai ...Hehe. ..😋


SELAMAT  MENCUBA!!!!