Memaparkan catatan dengan label NASI MINYAK MUDAH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label NASI MINYAK MUDAH. Papar semua catatan

Ahad, 26 Julai 2015

NASI MINYAK SUPER MUDAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera...




 




 
 
 

NASI MINYAK

Bahan-bahan :
3 cawan beras basmathi (saya guna moghul basmathi FAIZA)
3 1/2 cawan air
sup bunjut
1 kiub pati ayam
2 sudu makan minyak sapi
1 biji bawang besar- dihiris halus
rempah sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga)
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
sehelai daun pandan- disimpul

Caranya:
1. Basuh beras dan rendam 30 minit.
2. Panaskan minyak sapi hingga cair dan masukkan rempah sekawan dan daun  pandan. Masukkan pula bawang besar yang telah dihiris dan tumis hingga naik bau.
3. Masukkan air, beras, sup bunjut, kiub pati ayam,serbuk kunyit dan garam.
4. Biarkan kering. Kecilkan api dan tanak hingga masak.





AYAM MASAK MERAH
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam- potong kecil. Gaulkan dengan garan dan kunyit dan goreng separuh masak.
3 sudu makan cili kisar
rempah sekawan (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih)
1/2 inci halia
1 batang serai
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 biji tomato
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
minyak masak
garam dan gula secukup rasa

Caranya:
1. Kisar halia, serai, bawang merah, bawang putih dan tomato.
2. Panaskan minyak dan tumis rempah sekawan. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga naik bau.
3. Masukkan pula cili kisar dan masak hingga naik minyak.
4. Masukkan pula sos cili dan sos tomato. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
5. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan masak hingga kuah pekat.





ACAR TIMUN
Bahan-bahan:

1/2 biji timun- potong nipis
1/2 biji carrot- potong sebesar batang mancis
1 biji bawang besar- hiris nipis
1 biji cili merah- potong bulat-bulat
1 sudu makan cuka makan
garam dan gula secukup rasa

CARANYA: Gaul semua bahan dan biarkan sebentar. Jika suka, boleh tambah nenas. Hidang bersama nasi minyak dan ayam masak merah. Pasti terangkat!!!


SELAMAT MENCUBA!!!