Memaparkan catatan dengan label PASTRY FRUITY CAKE. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PASTRY FRUITY CAKE. Papar semua catatan

Khamis, 7 Februari 2019

PASTRY FRUITY CAKE

Assalamualaikum  & selamat  petang ...





Pastry fruity cake....sesuai  untuk hidangan minum  petang....macam-macam resepi  & kaedah  nak  buat ...saya guna  kaedah  & bahan  yang paling  mudah.


Bahan-bahan :
125 gm  butter (1/2 dari  seketul  butter)
1 cawan  gula  kastor
6 sudu  makan  susu  cair
1 sudu  kecil  cuka + 1sudu makan  air perahan  limau  sunkist
3 biji  telur
1 sudu  kecil  esen  vanilla
# 2 cawan  + 4 sudu  makan  tepung  gandum
# 1 1/2 sudu  kecil  baking powder
# ayak
Strawberry ,blueberry, buah  pic(dalam tin  secukupnya)
 * buah  lap kering  & gaul  dengan  sedikit  gula  ising  ( untuk  elak  buah  mendap  semasa  kek  dibakar )




Kek  sebelum  dibakar



Cara-caranya :
1. Putar  mentega & gula  hingga  kembang .
2. Masukkan  susu  & putar  lagi .
3. Masukkan  pula  campuran  cuka +perahan  sunkist. Putar  sebentar .
4.Masukkan telur  satu  persatu  diikuti esen  vanilla. Putar  lagi  hingga  sebati .
5. Akhir  sekali  masukkan  tepung  sedikit  demi  sedikit hingga  sebati .
6. Alaskan loyang  8x 8 inci  dengan  baking  paper & sapukan  sedikit  minyak .
7. Tuang  adunan  ke  dalam  loyang. Susun  buah -buahan tadi  dan  bakar  160'c-170'c selama  1 jam,api atas  bawah (function  kipas )kalau  ada .
# suhu  oven  ikut  jenis  oven  ye  memang  tak  sama....kena adjust  sendiri...lepas 30 minit  kalau  macam  nak  hangit,turunkan suhu....


SELAMAT MENCUBA !!!