Memaparkan catatan dengan label RENDANG CAMPUR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RENDANG CAMPUR. Papar semua catatan

Isnin, 5 Oktober 2015

RENDANG CAMPUR SUPERLICIOUS

Assalamualaikum dan selamat malam...

 
 

 
 



Kesinambungan daripada sup tulang pagi tadi, malam ni nak berkongsi resepi yang masih lagi menggunakan daging lembu...cuma kali ni dicampur dengan hati, limpa dan peparu. Sebaik-baiknya hati lembu, daging, peparu dan limpa direbus dulu sebelum kita merendangnya ye...Rendang ni sedap dimakan dengan lemang, ketupat dan nasi impit...makan dengan nasi putih pun sedap...jom intai resepinya...


BAHAN-BAHAN :
400 gm daging lembu
200 gm hati
200 gm limpa
200 gm peparu
3 cawan santan
2 sudu makan kerisik
garam dan gula secukup rasa
daun kunyit - hiris halus

* daging, hati, limpa dan hati direbus hingga empuk dan potong kecil.


Bahan kisar
15 tangkai cili kering
15 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
3 batang serai

CARANYA :
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar hingga terbit minyak.
2. Masukkan daging lembu, hati, limpa dan peparu. Biarkan sebentar.
3. Masukkan pula santan, air asam jawa, kerisik, garam dan gula secukup rasa.
4. Bila kuah hampir pekat, masukkan daun kunyit yang dihiris halus. Masak hingga rendang pekat dan terbit minyak.
5. Siap dan bolehlah dihidang.


SELAMAT MENCUBA!!!