Memaparkan catatan dengan label SAMBAL TELUR HANCUR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SAMBAL TELUR HANCUR. Papar semua catatan

Khamis, 4 April 2019

SAMBAL TELUR HANCUR

Assalamulaikum & salam  sejahtera ...

Lauk  yang  boleh  dimasak bila  dah  hujung-hujung bulan  sementara  tunggu  gaji ...Hehe....simple2 pun  tetap  sedap ...Makan  nasi  tanpa  lauk  lain  pun  boleh  bertambah-tambah nasi ...

Sambal telur  hancur

Bahan-bahan :
4 sudu makan cili  kisar
#10 biji  cili  padi  merah  -tak  tahan  pedas  boleh  kurangkan
#3 ulas  bawang  merah
#3 ulas  bawang  putih
#Sedikit  belacan
1 sudu  kecil  garam
3 sudu  makan  gula
Minyak  secukupnya
Air  secukupnya
2 biji  telur
1 sudu makan knorr  pasti  sedap
# Kisar  semua  bahan  yang  bertanda  #


Cara-caranya  :
1. Panaskan minyak . Tumis  bahan  yang  dikisar  hingga  naik  bau .
2. Masukkan  pula  cili  kisar  & tumis  lagi  hingga  pecah  minyak .
3.Tambah sedikit  air, garam,gula & 1 makan sudu  knorr  pasti  sedap.
4. Biar  kuah  sedikit  pekat,pecahkan 2 biji  telur. Gaul  sebati & masak  hingga  sedikit  pekat .


SELAMAT  MENCUBA!!!