Memaparkan catatan dengan label SUP TULANG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SUP TULANG. Papar semua catatan

Selasa, 28 Mei 2019

SUP TULANG

Assalamualaikum  & salam  Ramadhan..

Sup  tulang & sambal  kicap  

Sempena  birthday  boy  yang  ke-15 tahun  semalam,panggillah adik  beradik ipar,mak & pak  mertua  berbuka  di  rumah... Masak  simple2 jer...Kek  cheese  sebiji  sempena  menyambut  birthday  boy....yang  penting  meriah  sebab  dapat  berbuka  ramai-ramai ...Sambutan  birthday tak  perlu  majlis  besar-besaran pun.. yang  penting  ucapan tanda bahawa  kita  appreaciate  & menunjukkan  betapa  pentingnya  dia  dalam  hidup  kita ...Ni  kalau  sampai  terlupa  tarikh  lahir  orang  yang  kita sayang ...maknanya  sayang  ker ???hmmm .. Tepuk  dada  tanya  hati....kalau  betul2 memang  terlupa mungkin  boleh  dimaafkan....


HAPPY BIRTHDAY  MY  SON,MUHAMMAD FAHIMY  ASYRAFF . .moga  sihat  selalu,dimurahkan rezeki,cemerlang dunia  & akhirat...menjadi anak  yang  soleh  penyejuk  hati  ibu  & ayah... Dalam  happy  tu  sebenarnya  hati  terasa  sebak  jugak  sebab  anak  semakin  besar...rasa  cam  semakin jauh  sebab  dah  pandai  berdikari  tak  bergantung  kat  kita dah .. Mulalah merindui  masa  diorang  kecik ...huhu ...terlalu  cepat  masa  berlalu ...


Nak  fikir  menu  apa  untuk berbuka  ramai-ramai ...hmmm... Sup  tulanglah ....nasib  baik  ada  pressure cooker,sangat2 membantu... 30 minit  daging & tulang  dah empuk  sangat2...tak  payahlah nak  rebus  tulang  berjam-jam ...


BAHAN-BAHAN:

1 kg  tulang  lembu
1 kg  daging  urat  keting -potong  kecil
1 bungkus  perencah  sup  tulang
# Cuci  bersih  tulang  & daging .Masukkan dalam  pressure cooker .Tambah  air  hingga menutupi  tulang. Masukkan  sup  bunjut . Rempah  lain  asingkan  untuk  ditumis  nanti. Setting untuk  tendon/meat...on dan  biarkan  pressure cooker  beroperasi  dengan jayanya .

Now  prepare  untuk bahan  sup pulak....

Bahan  tumisan  untuk  sup :
2 sudu  makan  rempah  sup
Rempah  sekawan (sekali  dengan  paket  sup  tulang -sup  bunjut  dah  guna  untuk  rebus  tulang  tadi)

Bahan  kisar
5 ulas  bawang  merah
5 ulas  bawang  putih
2 inci  halia

5 ulas  bawang  merah -hiris  nipis
5 ulas  bawang putih - hiris  nipis
# Goreng  hingga  garing

Daun  sup -cincang
Daun  bawang - cincang

1 1/2 sudu  makan garam  halus
1 sudu  makan  maggi  cukup  rasa
Sedikit  serbuk  lada  sulah
1 mangkuk  air


CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak. Tumis  rempah sekawan  & bahan  yang  diblender  hingga  wangi .
2. Masukkan  pula  rempah  sup  & tumis  lagi hingga  garing.
3. Kemudian,masukkan pula tulang  & daging  yang  telah  direbus  empuk  tadi  bersama-sama air  rebusannya. Tambah  air  secukupnya.
4. Biarkan  mendidih. Tambah  garam  & bahan  perasa  secukupnya .
5. Masukkan  daun  sup,daun bawang  & bawang  goreng .Kacau  sebati. Tutup api.
6. Sedia  untuk  dihidang.


SAMBAL CILI  KICAP  sebagai  pencicah
Cili  padi -potong  kecil
Kicap  manis
Bawang  merah  -dimayang
Daun  kesum -cincang
Sedikit  perahan  limau  nipis
# Masukkan  dalam mangkuk  & ramas  sebati .. Nama  pun  air  tangan  kan... Tu  yang sedap ...hehe ...


SELAMAT MENCUBA !!!😋