Memaparkan catatan dengan label UDANG GORENG MENTEGA TELUR MASIN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label UDANG GORENG MENTEGA TELUR MASIN. Papar semua catatan

Khamis, 16 April 2015

UDANG GORENG MENTEGA TELUR MASIN

Assalamualaikum....

Baru taip tajuk je rasa dah terliurlah pulak...lagi-lagi perut tengah berkriut-kriut kelaparan. Dah lama try resepi ni tapi tak berkesempatan nak menepek di sini. First time buat memang awesome rasanya lemak-lemak manis, masin....secukup rasa...udang sepinggan cepat je licin lagi-lagi bila makan dengan nasi panas...yummy....hingga menjilat jari....

Gambar resepi dalam blog ni jgn dipertikaikan ye almaklumlah bukan photographer pro ye....sekadar nak menepek gambar dalam blog jer...yg. penting tengok gambar orang tau dah resepi pe yang penting original gambar ye bukan copy paste orang punya....

Oklah meh baca resepinya...


BAHAN-BAHAN :

500gm udang sederhana besar
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
sedikit minyak masak
*Gaul udang dengan garam dan serbuk kunyit

3 sudu besar mentega
6 ulas bawang putih dicincang
15 biji cili padi hiris serong( kalau tak nak pedas boleh kurangkan @ xyah boh langsung pun xpe)
* guna cili padi yang hijau kurang pedas skit kalau yang merah alamatnya berasaplah telinga...
4 tangkai daun kari
2 biji telur masin (rebus dan cincang isinya)
2 sudu kecil gula
10 sudu besar susu cair
1 sudu kecil tepung dibancuh dengan sedikit air

CARA MEMASAKNYA :
1. Panaskan minyak dan butter.
2. Tumiskan bawang putih hingga naik bau. Masukkan udang dan masak sebentar.
3. Masukkan daun kari, cili padi dan tumis sebentar.
4. Masukkan telur masin dan susu cair dan gula.
5. Akhir sekali masukkan campuran tepung jagung dan biarkan pekat sedikit.
6. Tutup api dan boleh dihidangkan...
* makan dengan nasi panas memang marvellous rasanya....