Khamis, 13 April 2017

SIMPLE PIZZA tersangatlah meletop sedapnya...



Assalamualaikum...resepi pizza yang tersangatlah mudah...simple tapi memang sedap...budak-budak memang suka. Tak caya try buat bagi anak-anak makan mesti diorang kata lebih sedap dari pizza hut & domino...hahaha...kalau macam ni punya simple pun malas nak buat tak tahulah nak kata apa...jom tengok bahan & cara buatnya kat bawah ye...







                                                                                 Bahan-bahan
  
Roti paratha/canai frozen
                        Sos spagetti/tomato
                           Sosej/crab stick
                           Keju mozzarella

Caranya:
Sapukan rata sos tomato di atas roti canai.
Susun potongan sosej/crab stick.
Taburkan parutan keju mozarella.
Bakar hingga keju mencair.

Senang & sedap...

Selamat mencuba!!!

Selasa, 20 Disember 2016

GULAI AYAM DAN REBUNG


Assalamualaikum & salam 1 Malaysia



Dah berbulan tak mengupdate resepi….busy sangat dengan  kerja sampai tak sempat….hari ni tetiba sampai seru pulak nak mengupdate…jom buat gulai rebung campur ayam…resepi untuk hari ni…


BAHAN-BAHAN :

½ ekor ayam potong cincang

1 mangkuk kecil rebung madu yang telah direbus lembut

2 mangkuk santan (daripada 2 biji kelapa)

Rempah sekawan

2 biji bawang besar – hiris halus

2 ulas bawang putih – hiris halus

Daun kari secukupnya

1 peket rempah kari daging (bancuh dengan sedikit air untuk dijadikan pes)

*Segenggam lada kering – celur dengan air panas

*2 biji bawang besar

*4 ulas bawang putih

*Sedikit ikan bilis

*3 keping asam keping

* blender hingga lumat

Sedikit minyak untuk menumis

2 sudu makan kerisik

Garam & gula secukupnya


CARANYA :

1.       Panaskan sedikit minyak. Tumis rempah sekawan, bawang yang telah dihiris dan daun kari.

2.       Masukkan pula bahan yang dikisar dan tumis hingga naik bau.

3.       Kemudian, masukkan pes kari dan tumis hingga terbit minyak.

4.       Masukkan ayam dan gaul sebati. Masak sebentar.

5.       Masukkan santan, kerisik, asam keping, garam & gula.

6.       Masukkan rebung dan biar gulai mereneh dengan api kecil hingga sebati.  Masak gulai hingga pecah minyak lebih kurang 30 minit.

7.       Hidang bersama ikan masin goreng, telur masin, sambal belacan dan ulam-ulaman…Fuh!!! Memang meletop….

Isnin, 19 Disember 2016

KEK COKLAT CHEESE BERHANTU

Assalamualaikum...







Nama kek macam seram je...berhantu tu... Hakikatnya mungkin kerana kesedapannya...peminat coklat dan cheese mesti suka kek-kek macam ni...


Kek ni pernah viral...pakat2 try buat dan byk versi...saya lebih suka resepi yang mudah...inshaAllah kalau ikut step2 ni mesti menjadi...




Step 1
Kek coklat
Bahan-bahan
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula kastor- xsuka manis boleh kurangkan 1/2 cawan
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
# masak semua bahan di atas hingga sebati. Biarkan sejuk.
2 biji telur gred A - pukul sedikit guna whisk. Masukkan telur ke dalam adunan yang telah sejuk tadi. Gaul rata.
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
# ayak dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur tadi. Gaul sebati.
#masukkan ke dalam bekas dan kukus 20 minit. Biarkan kek sejuk. Potong kek 2 bahagian.Barulah buat step 2.


Step 2
Lapis cheese
250gm cream cheese
3 sudu makan susu pekat
2 cawan uht whipping cream
# putar cream cheese dan susu pekat hingga kembang. Masukkan pula whipping cream dan putar hingga kental. Jangan terlebih putar nanti jadi cair. Masukkan ke dalam piping bag dan picit rata ke atas lapisan kek coklat tadi. Lapiskan dengan satu lagi bahagian kek coklat. Simpan dalam freezer 30 minit.


Step 3
Topping coklat
250gm dark chocolate
1 sudu makan nutella
1 sudu makan unsalted butter
1 cawan uht whipping cream
# Masukkan coklat,nutella & butter ke dalam bekas. Panaskan whipping cream hingga mendidih. Tuang ke dalam bekas berisi coklat tadi dan gaul hingga cair sepenuhnya. Biarkan sejuk sebentar. Tuang topping ke atas lapisan kek coklat.

Step 4
Lapis dengan cheese.

Step 5
Ambil 3 sudu adunan cheese dan tambah dengan 1 sudu topping coklat tadi. Masukkan ke dalam piping bag dan picitkan ke atas lapisan cheese td. Lorekkan sedikit ikut kreativiti sendiri.

Cara melapis
1. Kek coklat
2. Cheese
3. Kek coklat
4. Topping coklat
5. Hiasan
Siap!!! Simpan dalam peti sejuk dalam sejam pastu bolehlah makan...

Tengok pun dan leceh kan...sebab tu jangan complaint kalau orang jual mahal...dahlah bahan-bahannya mahal...sendiri mau ingatlah...nak murah try beli barang sendiri pastu buat sendiri..tgk murah ke mahal...hahaha...luah perasaan nampak...bukan pe ada orang nak kek murah tapi nak sedap...huhu....guna barang kualiti mahallah cik kak oii...dgn cream cheese,butter,whipping cream, dark coklat lah....bukan baker2 nak cekik darah tapi sebab harga barang2 kek dah mahal terpaksa ikut harga yang sesuailah ye...

Jumaat, 19 Ogos 2016

BINGKA KELADI tersangatlah sedap

Assalamualaikum dan salam pagi Jumaat...






 

Bingka ni dah buat 2 minggu lepas tapi hari ni baru berkesempatan nak share hari ni...Cerita bingka keladi ni bermula apabila 2 minggu lepas ada rakan sekerja bagi keladi yang dah siap kupas lagi....terima kasih bebanyak ye...banyak jugaklah...jadi,separuh saya buat talam keladi dan separuh lagi saya buat bingka keladi dan kek kastard keladi...

Sebenarnya first time buat bingka keladi ni...takut juga tak jadi so, untuk permulaan saya try buat loyang 9 inci je...Alhamdulillah, bila bawa ke tempat kerja, kawan-kawan semua kata sedap so, untuk kali ke-2nya saya buat adunan lebih banyak dan dapatlah seloyang 12 inci...ambik kau...Alhamdulillah sekejap je licin....

Bila dua kali buat menjadi, saya abadikan resepi ni kat sini ye...kot2lah lepas ni ada keladi kan boleh buat lagi....Untuk peminat bingka boleh cuba resepi ni InshaAllah menjadi...




BAHAN-BAHAN:

Keladi - potong dadu & rebus hingga empuk. Sukat dan ambil 2 cawan sahaja
3 biji telur
2 cawan santan pekat
1 cawan air
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu makan marjerin
1 sudu kecil pewarna purple
1 sudu kecil perisa keladi
sedikit bijan





CARA-CARANYA:
1. Panaskan oven 200'c.
2. Blender semua bahan kecuali bijan hingga sebati.
3. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit marjerin. Taburkan bijan di atas permukaan adunan.
4. Bakar satu jam api atas bawah.
5. Untuk adunan loyang 12 inci, saya gandakan adunan dan bakar selama
1 jam 15 minit api atas bawah.
6. Sejukkan dan bolehlah dipotong menggunakan pisau plastik.


SELAMAT MENCUBA!!!



BIHUN GORENG MARVELLOUS

Assalamualaikum dan selamat pagi...







Jom masak bihun goreng....Sesuai untuk santapan sarapan pagi dan makan malam...




BAHAN-BAHAN:

1 bungkus bihun (350-450gm)-(rendam hingga lembut)-saya selalu guna jenama FAIZA & JASMINE
1 hingga 1/2 cawan cili kisar- tak suka pedas boleh kurangkan
*6 biji bawang kecil/ 2 biji bawang besar
*5 ulas bawang putih
1 ketul dada ayam - potong nipis
10 ekor udang -saya kupas kulit senang nak makan nanti
10 biji fishball - potong nipis
3 keping fishcake- potong nipis
1 pokok sawi - potong
2 sudu kecil garam halus
1 senduk kicap manis
2 sudu makan gula
sedikit serbuk perasa
*kisar dengan sedikit air
1/2 cawan minyak


CARA-CARANYA:
1. Panaskan minyak masak. Tumis bahan kisar hingga naik bau.
2. Masukkan pula cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan kicap,gula, garam dan serbuk perasa.
4. Masukkan ayam dan biarkan ayam masak sebentar.
5. Masukkan pula udang,fishball dan fishcake.Biarkan sebentar.
6. Masukkan sawi dan biar masak sebentar.
7. Akhir sekali, masukkan bihun dan gaul rata. Masak hingga bihun benar-benar sebati dan lembut.


SELAMAT MENCUBA!!!




NASI LEMAK SAMBAL SOTONG SUPER SEDAP

Assalamualaikum dan salam Jumaat...






Hari ni saya nak share resepi nasi lemak sambal sotong untuk  santapan breakfast hari ni....Resepi yang sangat simple tapi memang sedap....

Untuk resepi nasi lemak boleh lihat di SINI....cuma kat sini saya nak share resepi sambal sotongnya je...
Petua nak menghasilkan sambal tumis yang sedap mestilah tumis dengan minyak yang banyak, dengan api yang kecil hingga cili kisar betul-betul masak barulah sambal yang terhasil tahan lama dan sedap...

Bagi saya, sambal tumis yang sedap ialah yang pedas & manis. Tapi terpulanglah pada citarasa individu ye...

Jom intai resepinya :



BAHAN-BAHAN:

200gm cili kisar/ 2 cawan
*3 biji buah keras
*10 ulas bawang merah(bawang ros)
*6 ulas bawang putih
8 sudu makan gula/4 senduk kayu(leper)
2 sudu kecil(kfc) garam halus
2 bji bawang besar -hiris halus
1 sudu makan knorr pasti sedap
sedikit ajinomoto
2 biji kentang - potong kecil
6 ekor sotong -sederhana besar(potong bulat)
* blender dengan sedikit air
1 cawan minyak masak



CARA-CARANYA:
1. Panaskan minyak masak. Tumis separuh bawang besar yang telah dihiris hingga naik bau.
2. Masukkan bahan yang telah diblender. Masak sebentar.
3. Masukkan pula cili kisar dan kentang. Masak dengan api kecil hingga pecah minyak.
4. Masukkan semua bahan perasa. Gaul rata.
5. Akhir sekali, masukkan sotong yang telah dipotong dan separuh lagi bawang besar. Masak hingga sotong benar-benar masak. Jangan masak sotong lama sangat nanti liat.
6. Hidangkan bersama nasi lemak,telur mata  dan hirisan timun.
Fuhh!!! Yummy!!!


SELAMAT MENCUBA!!!


Jumaat, 15 Julai 2016

SALE SEMPENA AIDILFIRTI

SEMPENA HARI RAYA AIDILFIRTI, FIEZA DELIGHTS menawarkan potongan harga sebanyak 50% untuk produknya RM30 dan ke atas....


TEMPAHAN dibuka mulai hari ni untuk pelanggan sekitar BALING & sekitar SUNGAI PETANI sahaja....


Sebarang tempahan boleh wassup/ sms 013-5148444


Promosi selama sebulan  sahaja dan berakhir 6 OGOS 2016...


CEPAT! CEPAT ! CEPAT!