Selasa, 6 Jun 2017

MEE KARI TERSANGATLAH MUDAH DAN SEDAP....

Assalamualaikum dan selamat malam....



Resepi mee kari ni tersangatlah simple dan mudah....Sedap....memang sedap...tp sedap tu subjektif...mungkin kita rasa sedap tapi mungkin orang lain tidak...Bagi saya resepi mee kari ni menepati citarasa saya...apa yang penting anak-anak dan suami suka....lebih-lebih lagi anak lelaki yang sulong memang hantu mee...apa jenis masakan mee memang dia suka...makan bertambah-tambah...


BAHAN-BAHAN:
1 bungkus mee kuning- celur
rempah sekawan
sedikit minyak untuk menumis
1 peket rempah kari daging
2 sudu makan cili kisar
*2 labu bawang besar
*3 ulas bawang putih
*1 sudu makan udang kering
seekor ayam- potong kecil
20 biji fishball -potong dua
3 fishcake - hiris nipis
kacang panjang
air secukupnya
1 cawan santan pekat
5 sudu kecil garam halus (bergantung kepada jumlah air)
1 sudu makan gula
2 kiub pati ayam knorr
sedikit serbuk perasa
*blender bahan yang bertanda


CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak. Tumis rempah sekawan dan bahan yang diblender hingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar dan masak sebentar.
3. Masukkan pula serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air. Tumis hingga pecah minyak.
4. Kemudian, masukkan ayam dan biarkan sebentar.
5. Tambahkan air secukupnya, kacang panjang, fishcakes, fishball dan biarkan mendidih sebentar.
6. Akhir sekali, masukkan santan pekat dan biarkan  kuah mereneh dengan api kecil.Tambah garam, gula dan serbuk perasa.Pastikan kuah selalu dikacau dan biarkan mendidih lama sedikit supaya santan tak pecah minyak dan kuah masak sempurna serta tak mudah basi.

SELAMAT MENCUBA!!!

TALAM KELADI

Assalamualaikum dan selamat petang...






Kuih talam keladi...penggemar kuih-kuih tradisonal bolehlah cuba ye...senang je...




LAPIS BAWAH
BAHAN-BAHANNYA:

keladi di potong dadu dan rebus hingga empuk

2 cawan tepung gandum
1 sudu teh garam halus
1 cawan keladi (potong dadu dan rebus hingga empuk)
2 cawan santan pekat
2 cawan air

CARA-CARANYA:



1. Campur semua bahan kecuali keladi.
2. Gaul sebati dan blender bahan-bahan tersebut.
3. Jerang atas api dan masukkan keladi.
4. Masak hingga adunan pekat.



 5. Sapu sedikit minyak dan alas dengan plastik/kertas aluminium.




6. Tuang adunan ke dalam loyang dan kukus 20 minit.
7. Bila dah masak cakar sedikit permukaan kuih dengan garpu.


LAPIS ATAS
BAHAN-BAHANNYA:
2 cawan tepung gandum
4 sudu makan tepung beras
4 sudu makan tepung jagung
1 cawan gula
2 cawan santan pekat
2 cawan air
Sedikit perasa keladi

Sedikit pewarna ungu

CARA-CARANYA:


1. Gaul sebati dan blender semua bahan.
2. Masak sebentar lebih kurang 5 minit.



3. Tuang ke atas lapisan yang telah dikukus tadi.
4. Kukus lagi 30 minit.




5. Biarkan sejuk barulah dipotong.


SELAMAT MENCUBA!!!

PUDING KOKTAIL

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan...



Dessert yang mudah disediakan. Sedap dimakan sejuk-sejuk...


satu adunan boleh dapat 2 bekas besar


BAHAN-BAHAN:

30gm serbuk agar-agar
10 cawan air
* 1 1/2 cawan gula
* 4 sudu makan tepung kastard
* 2 biji telur
* 1 tin susu cair
*secubit garam
* blender sebati bahan yang bertanda
1 tin buah koktail - asingkan air dan isinya



comel je boh dalam bekas kecik-kecik

CARA MEMASAK:
1. Masak air dan serbuk agar-agar hingga larut.
2. Masukkan pula air koktail dan bahan yang telah diblender.
3. Masak hingga mendidih. Masukkan separuh daripada koktail dan gaul sebati. Tutup api.
4. Tuang di dalam bekas.
5. Biarkan separa beku barulah tabur buah koktail di atasnya.
6. Simpan di dalam peti sejuk.


SELAMAT MENCUBA!!!

NASI LEMAK PANDAN

Assalamualaikum & salam 11 Ramadhan....




Dah petang-petang ni terfikir nak masak apa untuk juadah berbuka puasa nanti. Tetiba tekak ni berasa nak makan nasi lemak pandan. Bagi saya nasi lemak ni sedap di hidang dengan ayam goreng berempah dan sambal udang & kentang...memang sangat-sangat sedap... Jom sama-sama 'check it out' resepinya...




BAHAN-BAHAN:

NASI LEMAK PANDAN 
4 cawan beras
2 cawan air pandan (kisar 5 helai daun pandan dan 2 cawan air)
2 cawan santan pekat
1 cawan air
1 sudu kecil garam
sedikit pewarna hijau
3 ulas bawang ros - hiris halus
1 ulas bawang putih - hiris halus
1 inci halia - potong nipis
1 sudu makan marjerin
1 helai daun pandan
1 batang serai

CARA MEMASAK:
1. Panaskan kuali dan cairkan marjerin. Tumis serai, pandan, bawang ros, bawang putih dan halia hingga naik bau. Tutup api.
2. Basuh beras dan masukkan ke dalam rice cooker. Masukkan santan, air daun pandan, air, garam dan sedikit pewarna hijau. 
3. Masukkan pula bahan yang telah ditumis tadi. Gaul rata dan masak nasi seperti biasa.


AYAM GORENG BEREMPAH
1 ekor ayam - potong kecil
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu makan serbuk cili
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu kecil garam halus
1 sudu makan serbuk kari
1 sudu kecil serbuk sup
3 ulas bawang putih - tumbuk halus
1 inci halia -tumbuk halus

CARA MEMASAK:
1. Gaul ayam dengan semua bahan. Perap lebih kurang 1/2 jam. Lebih lama lebih sedap.
2. Goreng hingga garing.




SAMBAL UDANG & KENTANG
20 ekor udang sederhana besar
200gm/ 2 cawan cili kisar
*6 ulas bawang ros
* 5 ulas bawang putih
* 1 inci belacan
3 biji kentang - potong dadu
2 sudu kecil garam
6 sudu makan gula
1/2 cawan minyak untuk menumis
1 biji bawang holland - potong bulat
*blender bahan yang bertanda

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak.Tumis separuh daripada bawang besar hingga layu.
2. Masukkan pula bahan yang telah diblender. Masak sebentar.
3. Kemudian, masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
4. Masukkan udang dan gaul sebentar.
5. Masukkan garam, gula dan bawang holland.
6. Renehkan sambal dengan api kecil hingga benar-benar masak.

SELAMAT MENCUBA!!!




Isnin, 5 Jun 2017

TOMYAM AYAM PEDAS DAN LIKAT...MEMANG SEDAP ....

Assalamualaikum dan Salam Ramadhan....




Tak nak bercakap banyak-banyaklah...terus 'straight to the point' ye...Hari ni nak kongsi resepi tomyam yang telah saya cuba dan memang sedap...selama ni tercari-cari juga resepi tomyam yang memang sedap macam tomyam kat kedai-kedai orang patani masak tapi tak pernah sama...tp resepi yang satu ni saya telah cuba masak dan memang memuaskan hati...sebijik kat kedai makan siam...rupanya,rahsia tomyam yang sedap adalah dengan penggunaan pes cili & rempah tomyam juga cara penyediaannya...alhamdulillah menepati citarasa...jadi, bila nak masak tomyam terpaksa belek balik buka catatan resepi....Bagi mengelakkan resepi tak hilang, makanya hari ni saya terajin nak mengupdate resepi tomyam yang sedap kat blog ni...untuk tujuan rujukan diri sendiri dan sesiapa saja yang minat memasak...kalau tak sedap kat tekak orang lain tak tahulah ye..tapi bagi tekak saya dan my family memang sedap...so, selamat mencuba ye...

Bahan-bahan:


Guna pes cili&tomyam seperti di dalam gambar barulah tomyam sedap....

1 sudu makan minyak masak
3 ulas bawang putih -ketuk
1 inci halia - ketuk
1/2 inci lengkuas-ketuk
2 batang serai-ketuk
1 sudu makan pes cili
2 sudu makan rempah tomyam
2 biji tomato (sebiji belah 4, sebiji lagi blender dengan sedikit air)
1/2 ekor ayam- cincang kecil
sedikit carot
1 labu bawang besar-potong 4
5 biji lada kecil - belah 2 memanjang
3 helai daun limau purut
air secukupnya (nak pekat boh air sikit je)
1 sudu makan air limau nipis
1 sudu makan susu pekat
2 sudu kecil garam halus
bahan perasa secukupnya

CARA-CARANYA:



1. Panaskan minyak. Tumis sebentar bawang putih, halia, lengkuas dan serai.




2. Masukkan pula pes cili dan rempah tomyam. Tumis hingga naik minyak.





3. Kemudian masukkan tomato yang telah diblender dan tambah sedikit air. 






4. Apabila telah mendidih, masukkan ayam dan masak sebentar.







5. Masukkan bawang, daun limau purut, carot dan lada.
6. Bila carot dah lembut, masukkan pula tomato.






7. Masukkan garam, bahan perasa dan air limau nipis.
8. Akhir sekali, masukkan susu pekat dan biarkan mendidih sebentar.
9. Bolehlah dihidang. Memang pedas, likat dan sedap. Tak percaya, cubalah masak sendiri ye.

SELAMAT MENCUBA...

Khamis, 13 April 2017

SIMPLE PIZZA tersangatlah meletop sedapnya...



Assalamualaikum...resepi pizza yang tersangatlah mudah...simple tapi memang sedap...budak-budak memang suka. Tak caya try buat bagi anak-anak makan mesti diorang kata lebih sedap dari pizza hut & domino...hahaha...kalau macam ni punya simple pun malas nak buat tak tahulah nak kata apa...jom tengok bahan & cara buatnya kat bawah ye...







                                                                                 Bahan-bahan
  
Roti paratha/canai frozen
                        Sos spagetti/tomato
                           Sosej/crab stick
                           Keju mozzarella

Caranya:
Sapukan rata sos tomato di atas roti canai.
Susun potongan sosej/crab stick.
Taburkan parutan keju mozarella.
Bakar hingga keju mencair.

Senang & sedap...

Selamat mencuba!!!

Selasa, 20 Disember 2016

GULAI AYAM DAN REBUNG


Assalamualaikum & salam 1 Malaysia



Dah berbulan tak mengupdate resepi….busy sangat dengan  kerja sampai tak sempat….hari ni tetiba sampai seru pulak nak mengupdate…jom buat gulai rebung campur ayam…resepi untuk hari ni…


BAHAN-BAHAN :

½ ekor ayam potong cincang

1 mangkuk kecil rebung madu yang telah direbus lembut

2 mangkuk santan (daripada 2 biji kelapa)

Rempah sekawan

2 biji bawang besar – hiris halus

2 ulas bawang putih – hiris halus

Daun kari secukupnya

1 peket rempah kari daging (bancuh dengan sedikit air untuk dijadikan pes)

*Segenggam lada kering – celur dengan air panas

*2 biji bawang besar

*4 ulas bawang putih

*Sedikit ikan bilis

*3 keping asam keping

* blender hingga lumat

Sedikit minyak untuk menumis

2 sudu makan kerisik

Garam & gula secukupnya


CARANYA :

1.       Panaskan sedikit minyak. Tumis rempah sekawan, bawang yang telah dihiris dan daun kari.

2.       Masukkan pula bahan yang dikisar dan tumis hingga naik bau.

3.       Kemudian, masukkan pes kari dan tumis hingga terbit minyak.

4.       Masukkan ayam dan gaul sebati. Masak sebentar.

5.       Masukkan santan, kerisik, asam keping, garam & gula.

6.       Masukkan rebung dan biar gulai mereneh dengan api kecil hingga sebati.  Masak gulai hingga pecah minyak lebih kurang 30 minit.

7.       Hidang bersama ikan masin goreng, telur masin, sambal belacan dan ulam-ulaman…Fuh!!! Memang meletop….