Menunjukkan catatan yang diisih mengikut kaitan pertanyaan Ayam percik. Isih mengikut tarikh Tunjukkan semua catatan
Menunjukkan catatan yang diisih mengikut kaitan pertanyaan Ayam percik. Isih mengikut tarikh Tunjukkan semua catatan

Isnin, 27 April 2020

MENU 1 RAMADHAN

Assalamualaikum dan salam Ramadhan...


MENU 1 RAMADHAN


Nasi butter,ayam percik,kangkung tumis,kuih cara manis...

Menu berbuka puasa untuk 1 Ramadhan...nasi butter,ayam percik air fryer dan kuih cara manis...


NASI BUTTER
4 cawan beras
4  1/2cawan air
Rempah sekawan
2 sudu makan butter
1 sudu kecil garam
Daun pandan disimpul

# Masukkan semua bahan ke dalam rice cooker. Masak nasi seperti biasa.


Ayam percik

Untuk resepi ayam percik boleh klik RESEPI AYAM PERCIK...



Kuih cara manis

Untuk resepi kuih cara manis boleh klik RESEPI KUIH CARA MANIS


SELAMAT MENCUBA!!!😋😋😋

Ahad, 26 April 2020

AYAM PERCIK AIR FRYER

Assalamualaikum dan salam Ramadhan...

AYAM PERCIK AIR FRYER

Bulan puasa ni macam-macam resepi baru yang akan kita cuba dan masak untuk dihidangkan semasa berbuka kan...aura masak tu lain macam...nak menu yang lain dari hari biasa...

Kali ni saya dah cuba resepi ayam percik menggunakan air fryer...kalau takde air fryer boleh je guna oven,pan pemanggang atau apa-apa sekalipun yang penting ayam tu dibakar yer...resepi simple jer tapi sedap sangat...boleh buat lagi...cepat jer licin...

Sedap hingga menjilat jari....

Bahan-bahan:
Ayam dipotong 4-ambil 2 bahagian paha

Bahan perap(diblender):
10 biji cili padi
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
3 biji buah keras
3 batang serai
1 cawan santan pekat
1 sudu makan gula
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam


Ayam yang telah siap dibakar...

SUHU : 200'C
MASA : 15 MINIT...TERBALIKKAN AYAM TAMBAH 15 MINIT LAGI...
TOTAL MASA MEMASAK : 30 MINIT


Cara memasak :
1. Lumurkan bahan perapan pada ayam.Perap lebih kurang 1 jam.
2. Masukkan ayam dalam air-fryer.Pastikan basket dah dialas dengan kertas aluminium.
3.Masak 15 minit pada suhu 200'c.
4. Terbalikkan ayam dan bakar lagi 15 minit.
5. Panaskan kuah lebihan perapan ayam hingga agak pekat.
6. Tuang kuah di atas ayam yang telah dibakar tadi.
7. Sedia untuk dihidang.



* RESEPI NI SAYA BAGI 5 ⭐⭐⭐⭐⭐....SEBAB SEDAP SANGAT...MEMENUHI SELERA 1 FAMILY...



SELAMAT MENCUBA!!!😋😋😋