Memaparkan catatan dengan label KETUPAT DAUN PALAS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KETUPAT DAUN PALAS. Papar semua catatan

Isnin, 12 Ogos 2019

KETUPAT DAUN PALAS

Assalamualaikum & salam Aidiladha...


Ketupat daun palas 

Ketupat palas cicah gulai ayam

Ketupat palas sebelum direbus

Ketupat daun palas.. Kalau kat utara terutamanya negeri Kedah memang wajib ada bila hari raya ...Pembuatannya tak lah serumit menganyam ketupat nasi yang popular di negeri Johor...cara lipatannya pun mudah...cuma kekemasan tu perlu masa juga lah.. Kalau first time buat nak hasil macam otai-otai buat takdenyerlah ...'Practice makes perfect' kan...yang penting berani mencuba...

Ketupat palas ni sedap dimakan bersama rendang atau kari ayam/daging....cicah sambal bilis dan serunding  pun sedap...


Bahan-bahan :
1 kg / 4 cawan beras pulut -rendam 2 jam
2 1/2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
1 sudu makan gula
1 sudu makan garam
2 helai daun pandan - simpul

Cara-caranya :
1. Didihkan santan di dalam periuk.
2. Masukkan daun pandan,garam & gula. Gaul sebati.
3. Masukkan beras pulut yang telah dibasuh & ditoskan tadi.
4. Gaul rata & masak hingga kering  dengan api sederhana.
5. Tutup api dan biarkan pulut sejuk.
6. Setelah  sejuk, ambil sedikit pulut & masukkan ke  dalam daun palas. Lipat daun palas hingga menjadi ketupat. Buat hingga habis...

# cara nak melipat ketupat nanti saya update lain kali yer...tak sempat nak snap....


Cara merebus :
1. Masukkan  ketupat palas yang telah siap ke dalam periuk .
2. Isi air separas ketupat.
3. Rebus/ kukus selama 1 @ 1 1/2 jam.
4. Toskan dan biarkan sejuk lebih kurang 4 jam.
5. Boleh  tahan  2 hari pada suhu  bilik...nak lagi tahan  lama simpan dalam peti beku....nak makan kukus semula...


SELAMAT MENCUBA!!! 😋