Memaparkan catatan dengan label SAYUR LABU MASAK LEMAK KUNING. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SAYUR LABU MASAK LEMAK KUNING. Papar semua catatan

Ahad, 5 April 2020

SAYUR LABU MASAK LEMAK KUNING

Assalamualaikum dan selamat petang...

Sayur labu masak lemak kuning dan ayam masak sambal...memang ngam...

SAYUR LABU MASAK LEMAK

Tekak ni teringin pulak nak makan sayur labu masak lemak...makan dengan nasi panas-panas alahai sedapnya...diganding pulak dengan ayam masak sambal memang ngam walaupun hanya masak dua lauk sahaja...

Bahan-bahan :
1 biji labu- kupas kulit dan potong kecil
Fucuk/tauhu kering-rendam
Suhun-rendam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 kotak kecil santan
air secukupnya
Garam dan bahan perasa secukupnya

Bahan tumbuk:
6 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
10 biji cili padi

Sedap sangat....

Cara memasak :
1. Panaskan sedikit minyak.Tumis bahan tumis hingga wangi.
2. Masukkan labu dan gaul sebati.
3. Tambah air secukupnya dan biarkan mendidih.Masak hingga labu empuk.
4. Tambah 1 kotak kecil santan dan biarkan mendidih perlahan-lahan.
5. Masukkan pula fucuk & suhun.Tambah garam dan bahan perasa secukupnya.
6. Didihkan lagi lebih kurang 5 minit dan sentiasa dikacau supaya santan tidak pecah.
7. Sedia untuk dihidang.


SELAMAT MENCUBA!!!😋😋😋