Memaparkan catatan dengan label NASI LEMAK SAMBAL SOTONG KERING. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label NASI LEMAK SAMBAL SOTONG KERING. Papar semua catatan

Jumaat, 17 April 2020

NASI LEMAK SAMBAL SOTONG KERING

Assalamualaikum dan selamat petang...

NASI LEMAK SAMBAL SOTONG

Bila dah hari-hari berkurung dalam rumah, sampaikan hari apa pun tak ingat...dok ulang rutin yang sama hari-hari...hmmm bertabahlah...moga semua akan kembali seperti biasa...

Rutin hari-hari yang mesti dibuat adalah memasak...portion masak adalah banyak...senang masak untuk pagi sampai ke malam...sebab orang dalam rumah ni mesti ulang-ulang makan...jadi taklah penat asyik memasak jer kan...

Menu hari ni yang saya nak share adalah nasi lemak sambal sotong kering...sotong kering yang kecik-kecik tu...tapi sebelum dimasak rendam bagi lembut yer kalau tidak liat nanti...

NASI LEMAK

Untuk resepi nasi lemak boleh klik SINI atau SINI untuk resepi step by step...saya nak up resepi sambal sotong kering jer...


SAMBAL SOTONG KERING

SAMBAL SOTONG KERING
1 mangkuk sotong kering-rendam sampai  lembut. Tos dan potong kecil. Kalau tak potong pun boleh kalau saiz memang dah kecik.

Bahan kisar :
3 genggam lada kering
1 biji bawang besar
5 ulas bawang kecil
5 ulas bawang putih
1 inci belacan

1 sudu kecil asam jawa( bancuh dgn 1/2 cawan air)
Garam dan gula secukupnya


Cara memasak:
1. Panaskan minyak.Tumis bahan kisar hingga pecah minyak.Masak lama dengan api sederhana.
2. Masukkan air asam jawa,garam dan gula secukupnya.
3. Masukkan pula sotong kering.Gaul sebati dan masak sebentar lebih kurang 10 minit.
4. Sedia untuk dihidang.


AYAM GORENG TEPUNG

# Aksesori lain:
Ayam goreng
Untuk resepi ayam goreng tepung boleh klik  AYAM GORENG TEPUNG...step by step ditunjukkan untuk buat ayam goreng tepung ni tau...

-Hirisan timun


SELAMAT MENCUBA!!!😋😋😋