Memaparkan catatan dengan label KUIH LAPIS PURPLE PKP. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KUIH LAPIS PURPLE PKP. Papar semua catatan

Isnin, 20 April 2020

KUIH LAPIS PURPLE PKP

Assalamualaikum dan salam Isnin...

KUIH LAPIS PURPLE PKP

Warna purple tu mengancam sungguh...


Kuih lapis pkp...kali ni saya try kuih lapis menggunakan tepung ubi...ok juga guna resepi ni tapi suka lagi resepi kuih lapis menggunakan campuran tepung beras,tepung jagung dan tepung gandum...macam lagi sedap dan lembut...tp ikutlah citarasa masing-masing kan...

Bahan-bahan:
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
3 sudu makan tepung ubi
1 cawan gula
2 cawan santan cair
2 cawan air pandan( 6 helai daun pandan diblend dan tapis dapatkan 2 cawan)
secubit garam
Pewarna purple


Cara memasak :
1. Campurkan semua bahan hingga sebati menggunakan whisk dan tapis adunan.
2. Bahagikan kepada 2 bahagian.Satu bahagian warnakan purple.
3. Sapukan sedikit minyak pada loyang 8 inci.
4. Panaskan kukusan.Tuang 1 cawan adunan putih dan kukus 5 minit.
5. Lapiskan pula dengan adunan purple.
6. Buat berselang seli hingga habis.Akan dapat 6 lapisan.Lapisan terakhir warna purple.
7. Lapisan terakhir kukus 20 minit.Lapisan terakhir kukus 5 minit dengan tudung pengukus terbuka.
8. Biarkan sejuk dan potong dengan pisau plastik.


SELAMAT MENCUBA!!!😋😋😋