Assalamualaikum & selamat malam ...
Resepi kek seterusnya yang saya nak share hari ini ialah kek oren sunkist gebu gebas ...
Bahan-bahan :
1 biji oren sunkist - perah & ambil jusnya
1 cawan marjerin
1 cawan gula kastor
6 biji telur ( kalau telur gred A guna 5 biji je)
1 sudu kecil esen vanilla
1/4 cawan susu cair
# 2 cawan tepung gandum
# 2 sudu kecil baking powder
# ayak kedua-dua bahan
Sedikit pewarna oren
Cara-caranya :
1. Mixer marjerin & gula hingga gebu .
2. Masukkan telur & mix sebiji-sebiji.
3. Masukkan esen vanilla & mix lagi .
4. Masukkan pula perahan buah oren & susu cair . Mix lagi.
5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit & gaul menggunakan spatula.
6. Bubuh sedikit pewarna oren & gaul rata adunan.
7. Tuang adunan ke dalam loyang 8 inci yang telah disapu minyak & dialas dengan baking paper.
8. Bakar dengan suhu 150'c selama 50 minit.
# Panaskan oven 10 minit terlebih dahulu sebelum membakar kek.
SELAMAT MENCUBA !!!
Memaparkan catatan dengan label KEK OREN SUNKIST. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KEK OREN SUNKIST. Papar semua catatan
Jumaat, 8 Februari 2019
Langgan:
Catatan (Atom)
-
Assalamualaikum & salam sejahtera .... Rangup di luar moist di dalam ....tekstur serupa macam goreng dalam minyak yang banyak . ...
-
Assalamualaikum dan salam sabtu... SAYUR AIR IKAN KEMBUNG Kat Kedah ni orang panggil sayur air ikan termenung....ikan kembung kat si...
-
Assalamualaikum & selamat malam... Hari ni saya nak update resepi coklat moist guna air fryer... Macam-macam boleh masak g...