Memaparkan catatan dengan label KEK CARROT GEBU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KEK CARROT GEBU. Papar semua catatan

Khamis, 6 Februari 2020

KEK CARROT GEBU

Assalamualaikum dan selamat malam...










Resepi carrot gebu pulak saya nak share....Resepi kek carrot sebelum ni ala-ala moist dan mampat gitu kan...Resepi kek karot kali ni lebih ringan dan gebu....alahai sedap jugaklah...ringan jer rasa dalam mulut.




BAHAN-BAHAN:

1 1/2 cawan carrot parut- perah sikit airnya
1 sudu makan badam cincang

BAHAN-BAHAN DIAYAK
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil buah pala
1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
1 sudu makan serbuk badam

# 4 biji telur
# 1 cawan gula kastor
# 1 sudu besar ovalette
# mix 3 bahan ni hingga kembang dan gebu.


kek carrot selepas keluar dari oven

CARA-CARA MEMBUATNYA :
1. Masukkan 1 1/2 cawan minyak masak dan 1 sudu kecil esen vanilla dalam adunan yang telah dimix kembang tadi. Mix lagi 3 minit dan matikan mixer.
2. Masukkan tepung, carrot, badam cincang dan kaup balik.
3. Tuang dalam loyang dan ratakan.
4. Bakar 170'c, selama 45 minit api atas bawah @ kukus 45 minit selama 1 jam.
5. Bila kek dah masak, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk.


# untuk elak kek mendap, keluar dari oven terus telangkupkan kek hingga sejuk.


TEMPAHAN KEK CARROT DARI CUSTOMER

TOPPING CREAM CHEESE
250gm cream cheese
3 sudu makan gula icing
1 cawan whipping cream

1. Mix sebati cream cheese dan gula icing.
2. Masukkan 1 cawan whipping cream dan mix kental.
3. Masukkan dalam peti ais sekejap.
4. Sedia dilepa pada kek.



SELAMAT MENCUBA !!! 😋