Memaparkan catatan dengan label NASI KERABU BUNGA TELANG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label NASI KERABU BUNGA TELANG. Papar semua catatan

Ahad, 12 April 2020

NASI KERABU BUNGA TELANG

Assalamualaikum dan salam Sabtu...

NASI KERABU BUNGA TELANG

Meriah dengan lauk pauk....sedap yakmat...

Pkp dilanjutkan lagi 2 minggu...mungkin ada hikmahnya kan...masa bersama family pun banyak kan...aktiviti memasak jelah untuk golongan ibu-ibu yer...utk kali ini saya nak share resepi dari kelantan....tak taulah kenapa nasi kerabu antara makanan kegemaran orang-orang dalam rumah ni even orang dalam rumah ni orang Kedah...kecuali ibunyer jer orang Johor...tapi...still suka makan nasi kerabu...hihi...

Hari ini saya nak kongsikan resepi nasi kerabu bunga telang...kalau sebelum ini saya pernah kongsikan resepi nasi kerabu juga...boleh klik RESEPI NASI KERABU  berbeza kali ini kerana cara memasak nasi kerabu kali ini menggunakan pewarna asli bunga telang...tak sia-sia menanam pokok ni ada juga gunanya...

Bunga telang untuk nasi kerabu

Jom kita tinjau resepinya

Bahan nasi kerabu...beras,air bunga telang,daun limau purut

NASI KERABU
4 cawan beras
4 cawan air
1/2 cawan air + 15 kuntum bunga telang..blend, kemudian tapis...jadikan 1/2 cawan
Air perahan bunga telang...warna biru asli

Secubit garam
3 helai daun limau purut
# Masukkan semua bahan ke dalam rice cooker dan masak nasi seperti biasa.

Masak nasi seperti biasa

Nasi yang siap dimasak


AYAM GORENG

AYAM GORENG
1 ekor ayam
Tepung beras secukupnya
Tepung jagung secukupnya
Tepung gandum secukupnya
Sedikit serbuk cili
Garam dan bahan perasa secukupnya
Sebiji telur
Sedikit pewarna merah
# gaul semua bahan dan perap 1/2 jam.
# goreng hingga garing.


IKAN GORENG TEPUNG
Ikan kembong-6 ekor
Tepung jagung secukupnya
Tepung gandum secukupnya
Tepung beras secukupnya
Sedikit garam
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit air
# gaul semua bahan.
# goreng ikan hingga garing


KUAH BUDU

KUAH BUDU
Bahan kisar
5 biji bawang merah
1 inci halia
1 batang serai
5 batang cili kering

1 keping asam keping
1/2 sudu kecil garam halus
3 sudu makan budu
1 sudu makan gula
2 cawan santan pekat
1/2 cawan air

# Didihkan bahan kisar di dalam periuk.
# Masukkan santan,air,asam keping,garam,gula & budu.Kacau sebati.
# Didihkan hingga kuah agak pekat.


SAMBAL KELAPA

SAMBAL KELAPA
1/2 biji kelapa parut-sangai separuh masak
6 ekor ikan kembong-rebus & ambil isinya sahaja.

Bahan tumbuk
5 biji bawang merah
2 batang serai
1 inci halia
1/2 gula kabung
1 sudu makan gula
1/2 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil garam halus

# Tumbuk kasar kelapa parut yg telah disangai tadi.
# Tumbuk pula isi ikan.
# Campurkan kelapa parut,isi ikan dan bahan tumbuk tadi ke dalam mangkuk.Gaul sebati.
# Sangai hingga kering


AIR LADA DAN ULAM-ULAMAN

AIR LADA
20 biji cili padi
1/2 sudu kecil garam halus
1 sudu makan gula
1/2 cawan cuka makan
# blend kasar

TELUR MASIN


AKSESORI LAIN
Kubis- cincang
Bunga kantan- cincang
Kacang panjang -potong kecil
Taugeh-jika suka
Telur masin-rebus
Keropok goreng



Sedia untuk dihidang....Leceh dan renyah nak sediakan semua bahan tu...tapi hasilnya sangat puas hati...puas makan...cuma satu jer tak lengkap...solok lada...PKP kan...susah nak cari lada solok tu...abaikan jelah...tu pun dah tersangat sedap...


SELAMAT MENCUBA!!!😋😋😋