Memaparkan catatan dengan label KUIH CARA MANIS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KUIH CARA MANIS. Papar semua catatan

Ahad, 26 April 2020

KUIH CARA MANIS

Assalamualaikum dan salam Ramadhan...

KUIH CARA MANIS

Kuih cara manis santapan berbuka 1 Ramadhan...

Bahan-bahan:
*1 cawan tepung gandum
*1 cawan air
*1/2 cawan santan pekat
*2 helai daun pandan-potong kecil
*1 biji telur
*Sedikit pewarna hijau
*1 sudu makan gula
*Secubit garam

Bahan lain
Gula untuk inti
Sedikit minyak


Kuih cara manis

Cara membuatnya:
1. Blend semua bahan bertanda *. Kemudian tapis.
2. Masukkan ke dalam jug supaya senang semasa proses menuang ke dalam acuan.
3. Panaskan acuan kuih cara di atas api yang kecil.
4. Menggunakan daun pandan,sapu sedikit minyak pada setiap lubang acuan.
5. Tuangkan 3/4 penuh setiap lubang.Tutup sebentar.
6. Letak sedikit inti gula pada setiap lubang tadi. Tutup semula.
7. Biarkan kuih masak. Cucuk dengan lidi.Jika tidak melekat bermakna kuih sudah masak.
8. Angkat dan sedia untuk dihidang.


SELAMAT MENCUBA!!!😋😋😋