Memaparkan catatan dengan label AYAM MASAK UNGKEP PRESSURE COOKER. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AYAM MASAK UNGKEP PRESSURE COOKER. Papar semua catatan

Sabtu, 4 April 2020

AYAM MASAK UNGKEP PRESSURE COOKER

Assalamualaikum dan salam Sabtu...

AYAM UNGKEP


Ayam masak ungkep...itu dalam bahasa jawa...bahasa mudahnya...ayam masak campak-campak...sukatan agak-agak jer...
Dah ada pressure cooker ni lebih mudah masak guna periuk ni...lebih jimat masa...tapi kalau takde boleh jer masak guna periuk biasa pun...takde masalah pun...


Bahan-bahan:
1 ekor ayam- potong kecil
# Gaul sebati dengan serbuk kunyit secukupnya

Bahan-bahan kisar:
10 biji cili padi
2 biji bawang besar
10 biji bawang kecil
6 ulas bawang putih

Bahan kisar kering:
3 sudu makan biji ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan manis

Air secukupnya
Daun limau purut
3 batang serai-dititik
Daun kunyit
3 sudu makan kicap
Garam dan bahan perasa secukupnya


Cara memasak:

 Masukkan sedikit minyak ke dalam periuk pressure cooker. Setting 'pressure holding time' selama 10 minit.

Tumis bahan kisar dan serai hingga naik bau.Masukkan ayam dan masak sebentar.Kemudian masukkan air secukupnya dan kicap.Biarkan mendidih sebentar.


Masukkan pula daun kunyit dan daun limau purut.

Tutup periuk rapat-rapat.Laraskan tombol pressure...tekan button'chicken'.


Selepas 12 minit...release wap tekanan sepenuhnya...buka tudung periuk dan gaul sebati...perasakan dengan garam dan bahan perasa secukupnya...Sedia untuk dihidang.


SELAMAT MENCUBA!!!😋😋😋