Memaparkan catatan dengan label KUIH SERI MUKA JAGUNG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KUIH SERI MUKA JAGUNG. Papar semua catatan

Isnin, 4 Mei 2020

KUIH SERI MUKA JAGUNG

Assalamualaikum dan salam Ramadhan...

KUIH SERI MUKA JAGUNG

Kuih seri muka jagung...kelainan sikit seri muka kali ni...improvise jadi seri muka jagung...sedap jugak seri muka jagung ni...lemak-lemak manis creamy...

LAPIS BAWAH(pulut)
2 cawan beras pulut- rendam 1 jam
2 1/2 cawan santan cair
1/2 sudu teh garam halus
Sedikit pewarna hijau
# Kukus pulut selama 30 minit.
# Alaskan loyang 8 inci dengan plastik. Tuang pulut yang telah dikukus tadi dan tekan-tekan menggunakan senduk nasi hingga padat.
# Lorek-lorekkan permukaan pulut dengan garfu supaya lapisan atas melekat nanti.

Lemak manis berkrim....

LAPISAN ATAS(JAGUNG)
1 biji telur
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan susu cair
4 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanilla
Sedikit pewarna kuning.
# Blender semua bahan di atas dan tapis ke dalam periuk.
# Kemudian,tambah 4 sudu makan jagung dalam tin. Gaul sebati.
# Masak sebentar di atas api kecil hingga mendidih.
# Tuang adunan ke atas lapisan pulut tadi.
# Kukus lagi selama 1/2 jam...kalau masih tak masak tambah lagi masa mengukus.
# Sejukkan dan bolehlah dipotong menggunakan pisau plastik.


SELAMAT MENCUBA!!!😋😋😋