Rabu, 23 Jun 2021

ROTI/BUN KENTANG@ POTATO BUN ala Teacher Fieza

Assalamualaikum dan selamat malam...

ROTI KENTANG/POTATO BUN ala Teacher Fieza

Salam pkp untuk semua...hari ni saya akan share resepi roti kentang yang memang gebu gebas kejadiannya...ingat nak buat stok untuk 3 hari rupanya tinggal suku jer...esok habislah tu...maknanya apa tu??? sedaplah tu...hihi... Siap request buat lagi...alahai anak2 oiii...
gebu gebas kejadiannya...


Lembut sangat-sangat ni...3 hari pun roti masih lembut ye...


Untuk adunan ni akan menghasilkan 2 buku roti tau...
Tanpa berlengah jom kita terus jenguk ke bahan-bahan dan cara membuatnya ye...


BAHAN-BAHAN : 

120gm kentang-rebus hingga empuk dan lenyek halus. 
Kentang direbus sehingga empuk kemudian,lenyek hingga lembut kentang tadi.

500gm tepung roti -kalau takde guna je tepung gandum...jadi juga tau...cuma tekstur roti akan berbeza sedikit...agak sedikit kasar berbanding jika menggunakan tepung roti...memang gebu sungguh...macam roti yang jual kat kedai-kedai tu... 

3 biji telur gred C( kalau telur gred A @ B guna 2 biji jer tau) 

100gm gula perang/gula kastor/gula pasir (saya guna gula perang sbb nak less sugar...nama pun tengah diet)kalau nak manis rotinya boleh tambah kuantiti gula ye

 2 sudu kecil yis mauripan 

60gm marjerin (lebih kurang 3sudu makan)

30gm susu tepung 

150ml air sejuk(dari peti sejuk)

 CARA MEMBUATNYA:

 🍞Oleh kerana saya menggunakan breadmaker,maka saya akan masukkan bahan-bahan cair terlebih dahulu. 

🍞Mula-mula,tuang air sejuk,diikuti telur.Kemudian,masukkan tepung roti,gula,yis,susu tepung & marjerin. 
Tuang bahan cair diikuti bahan kering.

🍞Setting breadmaker kepada mode "bread dough"...Biarkan breadmaker buat kerjanya selama 1 1/2 jam...Sambil-sambil tu bolehlah buat kerja lain...basuh baju ke...sapu sampah ke...mop lantai ke...Sungguh memudahkan kerja membuat roti  guna breadmaker ni...tak perlu uli guna tangan dah... 
Setting breadmaker kepada function "bread dough". Breadmaker saya tekan no.7


🍞oh ya! Sambil menunggu roti dalam proses diuli...bolehlah siapkan sos kastardnya...

SOS KASTARD

BAHAN-BAHAN :
200 ml susu cair(saya guna susu kotak Dutch lady full cream
2 sudu makan gula 
2 sudu makan tepung kastard

CARA MEMASAKNYA :
Campur semua bahan ke dalam periuk dan gaul sebati menggunakan whisk.Dengan api kecil gaul sebati hingga agak pekat. Tutup api.
Masukkan ke dalam piping bag dan biarkan sejuk.



Adunan roti berkembang dengan jayanya setelah 1 1/2 jam .


🍞masa menguli guna breadmaker bergantung kepada jenama breadmaker itu sendiri...yang penting setting "bread dough" ye...saya menggunakan breadmaker jenama "empress" dari COSWAY...hampir 8 tahun pakai...masih ok...

🍞 Kalau takde breadmaker bolehlah gunakan mesin pengadun/mixer tapi pastikan gunakan mata khas utk uli doh yer...yg design berpintal-pintal tu... 
kalau takde juga mixer ulilah guna tangan jer...cuma utk mixer & guna tangan mulakan dgn bahan kering baru campur dengan bahan basah yer...Tuang air sedikit demi sedikit hingga habis & uli sehingga doh menjadi elastik...paling kurang 15 minit...mungkin ambil masa 20-30minit...uli pakai tangan boleh sado tangan tau🤭

🍞Apa itu elastik? elastik maksudnya bila kita tarik doh...ia akan meregang tanpa koyak...maksudnya doh dah elastiklah tu... ok...bila dah elastik... timbang doh lebih kurang 35-40gm setiap satu...bulat2kan dan susun ke dalam loyang... 

Bahagikan doh kepada beberapa bahagian(35-40gm) & bulat-bulatkan.


🍞Tutup doh dengan plastik wrap dan biarkan hingga doh kembang sehingga 2 kali ganda...
lebih kurang 45 minit-1 jam...bergantung kepada cuaca...kalau panas doh akan cepat mengembang...
cuaca sejuk lambatlah sikit kembangnya... 
Tutup adunan roti dengan plastik wrap


🍞Bila roti dah kembang,buka plastik wrap dan sembur/renjis permukaan roti dengan sedikit air...tutup semula roti dengan plastik wrap tadi selama 5 minit. 
Roti dah kembang 2x ganda


🍞 Pipingkan permukaan atas roti dengan sos kastard.

Paipkan sos kastard di atas permukaan roti


🍞Sementara itu,panaskan oven 150'c selama 10 minit. Bakar roti pada suhu 200'c selama 20 minit. Bila roti dah masak, angkat roti dan sapukan permukaan atas roti dengan
 marjerin.Tujuannya supaya roti akan menjadi berkilat dan sentiasa lembap(tak
 kering). 
Roti yang telah siap dibakar

Permukaan roti telah disapu dengan marjerin.


🍞 Setting suhu & masa pembakaran pun bergantung kepada suhu oven masing-masing ye...oleh kerana oven saya berkapasiti besar maka saya menggunakan suhu yang tinggi iaitu 200'c dan masa pembakaran hanya selama 20 minit sahaja. Kena try & error oven masing-masing...Kena kenal sendiri oven masing-masing tau!!!


🍞Setelah permukaan roti disapu marjerin,sisipkan pula bahagian tepi kek dengan spatula.Terbalikkan roti semula & letak diatas redai kek. 
Sisipkan bahagian tepi roti menggunakan spatula

Terbalikkan di atas redai kek...kemudian telangkupkan semula.


🍞Boleh dimakan semasa panas ataupun sejuk...Sedap juga dimakan bila cicah dengan air milo/teh/kopi panas.
Sedia untuk dimakan😋

Puas hati sangat-sangat... memang roti menjadi & gebu gebas


💕🍞 Tips cara menyimpan roti supaya sentiasa lembut selama 3 hari...Pastikan roti dimasukkan ke dalam plastik dan disimpan di dalam tupperware bertutup...InshaAllah, roti akan sentiasa lembut walaupun dah 3 hari ye...

💕🍞 Tips buat roti supaya jadi dengan jayanya...jangan derhaka resepi tau!!!...jangan pandai-pandai ubah method/kuantiti bahan...kalau tak jadi jangan salahkan resepi pulak ye🤭


SELAMAT MENCUBA!!!😋😋😋


Rabu, 2 Jun 2021

KEK BUAH VERSI BAKAR SUPER MOIST & SANGAT MUDAH

 Assalamualaikum & salam sejahtera...

KEK BUAH VERSI BAKAR SUPER MOIST

Hari ke-2 total lock down...pkp 3.0...lama tak mengupdate blog kan...almaklumlah busy memanjang...banyak hal yang perlu diselesaikan...lagipun sekarang dah start cuti sekolah kan...maka berkelapangan sikit nak mengadap blog kesayangan ni...


Moist jer kek ni tau...tak kering...


Sebenarnya banyak juga resepi-resepi baru yang telah dicuba sepanjang pkp yg lalu hinggalah ke hari ni...cuma masa tak begitu mengizinkan untuk up dalam blog...nanti ada masa saya akan up resepi-resepi tu ye...

Oklah untuk hari ni saya nak up resepi kek buah versi bakar...teringin nak makan...jadi merajinkan diri jugalah membuatnya...nasib baik bahan-bahan sedia ada di dapur...tak perlu susah-susah ke kedai...'baker' mestilah complete bahan-bahan kat dapur kan...

Jom intai resepinya...

Bahan-bahan 


BAHAN-BAHAN:

2 cawan/250gm buah-buahan kering(mix fruits)

200 gm butter-sy guna jenama farmcow...jenama lain pun takpe...ikut citarasa sendirilah ye

50gm butter dicairkan

3/4 cawan gula kastor-tak nak manis boleh kurangkan

1 sudu kecil esen vanilla

1 sudu kecil esen tutty fruity(optional takde tak payah bubuh pun takpe)

1 sudu makan oren sunquick(saya pakai sunquick perisa tropika)-perah jus oren sunquick fresh pun boleh

4 biji telur

3 cawan tepung naik sendiri(saya guna jenama bluekey)

1 sudu kecil soda bikarbonat

Sedikit pewarna kuning telur


CARA-CARANYA:

 
1. Rendam mix fruit dalam air panas lebih kurang 10 minit. Kemudian, toskan.


2. Ayak tepung dengan soda bikarbonat.


3. Ambil satu senduk tepung yang telah diayak tadi dan gaulkan dengan mix fruits hingga sebati.


4. Dalam bekas lain, mix mentega dan gula hingga gebu. Masukkan esen vanilla dan mix lagi hingga sebati.


5. Masukkan pula telur satu persatu dan mix lagi hingga betul-betul sebati.


6. Kemudian, masukkan esen tutty fruity & pes sunquick.Mix sebati.


7. Dengan speed perlahan, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan mix lagi hingga sebati. Matikan mixer.




8.Masukkan mix fruits dan gaul sebati menggunakan spatula/senduk kayu.



9. Akhir sekali, tuang butter yang telah dicaikan tadi dan gaul sebati.

10. Masukkan pula sedikit pewarna kuning telur dan gaul adunan sebati.

11. Panaskan oven 170'c selama 10 minit.


12. Sapu loyang 8 inci dengan butter dan kemudian alas dengan 'baking paper'.


13.Tuang adunan kek tadi ke dalam loyang dan ratakan. Hentak-hentak sedikit loyang supaya adunan padat.


14. Bakar kek pada suhu 170'c selama 40-45 minit. Ikut oven masing-masing ye...suhu dan masa pembakaran boleh adjust sendiri.Saya suka kek buah ni garing-garing sikit bahagian tepi...

15. Dah masak, keluarkan dari oven...dan terlangkupkan di atas redai kek lebih kurang 5 minit.Kemudian terlangkupkan semula atas papan kek/bekas kek.

16. Biarkan sejuk dan bolehlah dipotong dan dimakan...saya tak sempat tunggu kek sejuk dan potong...sebab tak sabar nak makan dah...hehe...


Memang sedap😋...moist jer...


💕Tips nak bg kek jadi moist...simpan kek dalam tupperware bertutup semalaman...esoknya pasti kek akan lebih moist...tapi pastikan kek dah betul-betul sejuk baru simpan dalam bekas yer...

SELAMAT MENCUBA!!!😋😋😋



Isnin, 16 November 2020

NASI BERIANI AYAM SUPERLICIOUS

 Assalamualaikum dan salam sejahtera...

NASI BERIANI AYAM SUPERLICIOUS

Musim pkp ni...aduhai ibu-ibu pening kepala memikirkan menu apa yang nak dimasak kan??? Anak-anak sedia-sedia lapar...nak tak nak memang kena masak...nak senang cod jer...tapi kalau sedia-sedia cod pokai jugak...hehe...sekali sekala takpelah kan...

So, solutionnya...kena masak menu yang mudah...masak sekali untuk lunch sekali terus ke dinner...tak yahlah nak berulang masak kat dapur...kebetulan rempah beriani masih ada...menu paling mudah...nasi beriani ayam...tak payah lauk lain dah...makan berulang-ulang diorang sampai ke malam...

Sebelum memasak nasi beriani ni pastikan ada beras basmati yer...1 kg...beli jer yang timbang...murah pun murah...basuh bersih-bersih...pastu rendam 30 minit...cukup 30 minit toskan...

Bahan kedua penting...ayam...beli sekor...potong kecik-kecik...basuh bersih dan rebus dengan air anggaran 2 1/2 liter...1/2 air rebusan tu nak masak nasi...1/2 lagi nak dibuat sup....

Bahan-bahan nasi:

1. 1 liter + 125 ml air rebusan ayam

2. Ayam yang telah direbus

3. Beras basmati yang telah ditoskan

4. Rempah sekawan

5. 1 biji bawang holland+ 3 ulas bawang putih-blender

6. 2 sudu makan rempah beriani mak siti

7. 1 sudu makan minyak sapi

8. 2 sudu makan minyak masak

9. 2 sudu makan marjerin

10. Sedikit pewarna kuning

11. Daun ketumbar(tak nak letak pun xpe)

12. Kismis(jika suka)

13.Biji gajus(jika suka)

14. 3 sudu kecil garam halus


Cara memasak:

Panaskan minyak sapi,minyak masak dan marjerin.Tumis rempah sekawan & bawang yang telah diblender hingga naik bau dan kekuningan...



Masukkan 2 sudu makan rempah beriani...tumis sebentar hingga pecah minyak.


Masukkan ayam yang telah direbus tadi.



Gaul ayam sebati...dan biarkan masak sebentar hingga ayam meresap rempah-rempah tadi...Tutup api.



Tuang air rebusan ayam ke dalam pot periuk.Masukkan ayam yang telah dimasak tadi. Gaul sebati.


Masukkan pula garam,daun ketumbar,kismis. Gaul sebati.



Masukkan pula beras.



Gaul sebati.



Setting 'rice' untuk pressure cooker...kalau guna periuk nasi biasa,masak jer nasi macam biasa yer...



Nasi yang telah siap dimasak...




Buat lubang pada permukaan nasi dan titiskan sedikit pewarna kuning.Tutup semula periuk dan biarkan selama 5 minit.



Cukup 5 minit...buka tudung periuk dan gaul rata nasi. Siap!!!


Untuk kuah sup...Didihkan lebihan air rebusan ayam tadi...tambah garam dan lada sulah secukupnya...tambah daun sup jika suka...


SELAMAT MENCUBA!!!😋😋😋